Fed Kaplan: The Fed Harus Bersabar Dalam Menaikkan Kadar Faedah

51

Federal Reserve tidak perlu menaikkan kadar faedah pada masa ini, kata salah seorang daripada ahli The Fed pada Selasa. Pendapat beliau adalah sejajar dengan dua orang ahli FOMC yang berucap pada Selasa iaitu Brainard dan Kashkari.

“Saya sebenarnya percaya kita patut bersabar ketika ini,” kata Robert Kaplan yang juga Presiden Fed cawangan Dallas. Beliau juga adalah salah seorang daripada pengundi semasa dalam penetapan polisi monetari tahun ini.

Kaplan juga mengulangi pendiriannya bahawa The Fed harus memulakan pengurangan penyata imbangan $4.5 trillion secepat mungkin agar dapat memastikan mereka boleh berhadapan dengan krisis yang berlaku di masa hadapan dan kemelesetan ekonomi.

Ribut Harvey adalah satu peristiwa yang signifikan yang akan memperlahankan aktiviti ekonomi di Texas dan sekaligus kepada Amerika Syarikat beberapa bulan akan datang. Namun, ia bukanlah sebab untuk The Fed menangguhkan perancangan pengurangan $4.5 trillion seawal bulan depan.

“Harvey tidak akan mengubah pendirian saya terhadap masa pengurangan tersebut” tentang bilakah bank pusat akan mula mengurangkan penyata imbangan yang mana sepatutnya bermula “seawal yang mungkin,” kata Presdien Fed cawangan Dallas ini kepada wartawan.

Mesyuarat The Fed selepas ini akan berlangsung dua minggu lagi dan dijangka akan mengumumkan perancangan pengurangan pegangan bon yang termasuk bon kerajaan dan mortgage back securities.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat