Fed Kashkari: Bank Pusat Akan Membuat Kesilapan Jika Terus Menaikkan Kadar Faedah

50

Isu utama yang dihadapi oleh Fed adalah kadar inflasi yang lemah. Dalam menangani isu ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ahli Fed. Salah satu pandangan ialah menyatakan bahawa kadar inflasi yang lemah adalah berikutan tindakan Fed sendiri. Antara yang menyokong pandangan ini adalah Neel Kashkari, presiden Fed cawangan Minneapolis.

Neel Kashkari berpendapat bahawa Fed adalah penyebab jangkaan inflasi jatuh berikutan pengetatan polisi yang tidak tepat pada waktunya. Bank pusat telah meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansur, akan tetapi inflasi masih berada di bawah sasaran 2%.

Fed percaya bahawa bacaan 2% adalah kadar yang tepat agar ekonomi dapat bertumbuh dengan baik. Akan tetapi inflasi yang terlalu rendah pada paras 1.3% bagi unjuran tahunan menunjukkan indikasi bahawa ekonomi masih lemah dan dapat memperlambatkan pertumbuhan ekonomi.

Kashkari merupakan salah seorang ahli Fed yang tidak bersetuju dengan keputusan majoriti yang menyokong peningkatan kadar faedah supaya dapat mengatasi masalah inflasi.

”Pandangan saya, kadar faedah tidak patut dinaikkan lagi kecuali jika kita telah mencapai sasaran inflasi 2%, atau jika terdapat kejatuhan mendadak dalam kadar pengangguran yang digunakan sebagai indikasi labour market slack.”

Labour market slack adalah perbezaan jumlah kerja yang sudi dilaksanakan oleh pekerja dengan jumlah kerja yang ada.

”Jangkaan inflasi jatuh disebabkan inflasi sebenar berada di bawah sasaran dalam jangka waktu yang lama, dan tindakan Fed mengurangkan sokongan telah menyebabkan keyakinan terhadap kenaikan inflasi ke arah sasaran dalam tempoh masa sesuai semakin berkurangan.”, lanjut Kashkari.

”Jika kita membiarkan jangkaan inflasi terus jatuh, hal ini akan menyebabkan kita akan kekurangan alat polisi monetari untuk mengatasi kejatuhan ekonomi.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat