Fed Mula Berlembut, Emas Sedia Meroket!

1,033

Terima kasih kepada Federal Reserve (Fed) yang kurang hawkish, emas berhasil meraih pengukuhan untuk didagangkan lebih tinggi pada Khamis.

Menghiasi sesi Asia, logam kuning itu menyinar pada sekitar harrga $1,755 per auns, bangkit dari kejatuhan yang dicatatkan pada pembukaan sesi New York sebelum ini menyentuh $1,727 per auns.

Laporan minit mesyuarat terbaru Federal Reserve (Fed) menunjukkan para penggubal dasar berkata bahawa adalah sesuai untuk memperlahakan kadar kanaikan dalam kadar faedah tidak lama lagi.

Malah, terdapat juga beberapa penggubal dasar yang bimbang bahawa bank pusat itu mungkin mengetatkan dasar monetari lebih daripada diperlukan sehingga menjejaskan kestabilan kewangan dan ekonomi.

Ini sekali gus menguatkan lagi jangkaan pasaran bahawa Fed akan melaksanakan kenaikan 50 mata asas pada bulan Disember, menyusuli 4 kali peningkatan 75 mata asas berturut-turut sebelumnya.

Sungguhpun begitu, Fed menjangkakan kadar faedah muktamad mungkin lebih tinggi daripada dijangkakan sebelum ini, dengan pasaran meramalkan ia meelebihi 5% tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat