Fed Mungkin Akan Perlahankan Kenaikan Kadar Faedah, Tetapi…

208

‘Dia macam nak bagi hint suka tapi dalam masa sama tak suka, hmmm.’

Ahli lembaga Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS), Christopher Waller memberi bayangan bank pusat itu boleh mengurangkan kenaikan kadar faedah namun tidak rancang untuk ‘perlahankan’ dasar pengetatan.

Perkara tersebut diucapkan beliau dalam satu temu bual di persidangan ekonomi UBS Australia hujung minggu lalu dengan menggariskan segala keputusan Fed bergantung kepada kadar inflasi semasa.

Ulasnya, pasaran kini tertumpu kepada ‘titik penamat’ kenaikan kadar dan bukannya tahap kepantasan sama ada memperlahankan atau menghentikan langkah pengetatan dasar.

Atas faktor itu, Fed mungkin mengurangkan kadar faedah namun tidak rancang memperlahankannya dan titik penamat tersebut buat masa ini ulas Waller, masih jauh untuk dicapai.

Ia dipercayai susulan daripada data inflasi AS yang lemah, ‘berita baik’ kepada parasan namun Fed tidak terlalu menaruh harapan kepada data tersebut semata-mata sahaja dalam membuat keputusan.

Bagi menyokong asas tersebut, Waller dilihat memetik peningkatan inflasi tahunan sebanyak 7.7% pada Oktober sabagai bacaan yang besar untuk Fed memperlahankan kenaikan.

Dalam pada itu, Fed telah melaksanakan kenaikan kadar sebanyak 3.75% tahun ini bermula Mac iaitu perubahan dasar monetari terbesar dalam usaha mengurangkan inflasi tertinggi sejak 1980.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat