Fed Mungkin Naikkan Kadar 100 Mata Asas? Ini Pandangan Penganalisis!

315

Laporan pekerjaan Amerika Syarikat yang lebih kukuh pada bulan Julai telah membuka peluang untuk peningkatan kadar faedah mata peratusan penuh pada mesyuarat polisi September nanti, menurut ahli ekonomi Citigroup.

Pakar strategi Citigroup yang diketuai oleh Andrew Hollenhorst memberitahu dalam nota penganalisis pada Isnin, bahawa lonjakan pekerjaan yang mengejutkan dan pertumbuhan gaji yang lebih pantas membuatkan kenaikan 75 mata asas mungkin dilaksanakan dan meningkatkan potensi untuk peningkatan lebih besar, iaitu 100 mata asas.

Kenaikan sebanyak 100 mata asas akan menjadi yang pertama sejak 1994 jika Federal Reserve (Fed) mengambil keputusan untuk berbuat sedemikian, dan ia akan meletakkan julat penanda aras antara 3.25% dan 3.50%.

Bagaimanapun, Citigroup berkata jangkaan asas mereka masih kekal untuk peningkatan 75 mata pada September, tetapi jika berlaku kenaikan 100 mata, mereka tidak akan terkejut sekiranya inflasi teras adalah lebih kuat daripada jangkaan.

Pelabur kini melihat 70% peluang untuk satu lagi kenaikan bersaiz besar pada musim luruh, menurut alat FedWatch Kumpulan CME, yang menjejaki dagangan.

Fed telah menaikan kadar sebanyak 75 mata untuk kali kedua berturut-turut pada bulan Julai dan memberi isyarat akan berlaku satu lagi peningkatan ‘luar biasa’ pada September berikutan mereka kekal komited untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran 2%.

Namun, keputusan yang dibuat akan bergantung pada data ekonomi yang dikeluarkan. Setakat ini, laporan pekerjaan Julai menunjukkan pertumbuhan lebih kukuh dan tumpuan pelabur kini beralih kepada data inflasi yang dijangkakan menurun daripada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat