Fed Richard Clarida Ulas Risiko Wabak Koronavirus! Adakah Wabak Ini Bakal Beri Kesan Pada Ekonomi A.S?

338

Naib Pengerusi Persekutuan Rizab Persekutuan Richard Clarida telah memberikan kenyataan terkini pada hari Khamis bahawa ekonomi A.S tidak menunjukkan tanda-tanda kehilangan momentum, namun terdapat sedikit kebimbangan mengenai potensi wabak koronavirus kepada pengubahan dasar kadar faedah bank pusat.

Menurut Clarida, asas-asas ekonomi di A.S masih kukuh dan dalam masa yang sama A.S masih menunjukkan pertumbuhan yang mampan dengan pasaran buruh yang terkukuh dalam tempoh 50 tahun. Disisi lain, kestabilan harga dan kadar inflasi semakin hampir dengan matlamat yang ditetapkan.

Data ekonomi pada hari Khamis menunjukkan aktiviti kilang di rantau Atlantik A.S. berkembang lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Februari, dengan indeks perniagaan yang mencatat tahap tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Dalam masa yang sama pegawai-pegawai Rizab Persekutuan sejak akhir-akhir ini berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk memberi ulasan tepat tentang adakah wabak koronavirus akan memberi impak terhadap ekonomi A.S, namun mereka menyatakan bahawa jika tetapi sebarang kesan yang berlaku akan bersifat sementara.

Hal ini kerana penularan wabak ini membawa risiko kepada pengurangan pertumbuhan global serta eksport A.S ke China dan gangguan dalam rantaian bekalan syarikat A.S. Pada awal minggu ini, Apple Inc telah mengeluarkan amaran pendapatan berikutan wabak tersebut telah menyebabkan rantaian bekalannya terganggu.

Bank pusat A.S telah menurunkan kos pinjaman sebanyak tiga kali pada 2019 dan memberi indikasi bahawa akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada tahun ini kecuali ada perubahan ketara dalam prospek ekonomi A.S.

Tambah Clarida, pada ketika ini kami sedang memantau wabak koronavirus kerana China adalah sebahagian besar daripada ekonomi global. Namun belum ada angka jelas mengenai seberapa banyak ia akan mengurangkan pertumbuhan suku pertama. Clarida juga mengatakan bahawa pengurangan ketegangan perdagangan baru-baru ini antara Amerika Syarikat dan China, dengan penandatangan perjanjian perdagangan baru antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada dan resolusi yang lebih teratur untuk Brexit, dapat membantu meningkatkan pelaburan perniagaan AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat