Fed Tidak Mungkin Potong Kadar Faedah Pada Tahun 2019. – Yellen

773

Tiada tanda yang kemelesetan ekonomi bakal terjadi di Amerika Syarikat (AS) dan tiada sebab untuk Fed memotong kadar faedah, ucap bekas Pengerusi Fed Janet Yellen.

Yellen yang berucap dalam satu majlis di Texas Christian University in Fort Worth, Texas pada Khamis mengatakan yang Fed telah meletakkan median jangkaan pertumbuhan ekonomi pada kadar 2.1 % untuk tahun 2019.

“Itu bukan kemelesetan ekonomi, tetapi ia adalah kelembapan ekonomi.”

Yellen juga telah menegaskan yang “inverted yield curve”  yang terjadi baru-baru ini adalah disebabkan ketakutan terhadap tindakan Fed yang mengetatkan  ekonomi terlalu banyak dan bakal mengundang kemelesetan ekonomi. Fed hanya bertindak atas apa yang ditunjukkan pasaran pada Disember, itulah sebab terjadi “inverted yield curve”.

Walau bagaimanapun tegas beliau yang Fed bersedia untuk memotong kadar faedah bila-bila masa sahaja jika terdapat kejutan ekonomi dari Eropah dan China.

Tambah beliau lagi, deflasi lebih perlu diberi perhatian pada masa ini. “Dalam suasana kadar faedah yang rendah, adalah sesuatu yang tidak bagus jika jangkaan inflasi tersasar.”

Kadar inflasi sekarang dijangkakan tidak akan kekal kekal, dan kemungkinan akan ada kejutan.

Jika terdapat pertumbuhan inflasi, Fed didapati tidak teragak-agak untuk mengetatkan lagi polisi sedia ada. Namun, Yellen berpendapat tiada sebab Fed untuk mengetatkan inflasi yang bergerak seiring dengan dasar monetari sekarang.

Baca info menarik berkaitan : “Inverted Yield Curve” Sudah Terjadi! Petanda Awal Kemelesetan Ekonomi AS Bakal Bermula?

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat