Fed Turunkan Kadar Faedah Kepada 2.00%!

0 445

Matawang dolar Amerika Syarikat mengukuh ke paras tertinggi tujuh minggu berbanding Yen manakala mencecah paras tertinggi tiga bulan berbanding Swiss franc selepas Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah sebanyak suku peratus seperti yang dijangkakan serta tidak memberikan gambaran yang jelas untuk unjuran pelonggaran polisi pada masa hadapan.

Mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi menyaksikan ahli jawatankuasa memutuskan kadar faedah diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.00% daripada 2.25% sebelum ini. Penurunan tersebut merupakan kali kedua dilakukan oleh Fed pada tahun ini.

Prospek terbaru menunjukkan para penggubal polisi menjangkakan kadar faedah akan berada di paras sederhana pada julat yang baru menjelang tahun 2020. Namun, ahli mesyuarat yang berlainan pendirian mengunjurkan beberapa ahli yang memilih untuk kadar faedah diturunkan sekali lagi untuk tahun 2019 ini.

Beberapa penganalisis pasaran turut bersetuju mengatakan keputusan mesyuarat pada kali ini dilihat lebih hawkish berbanding jangkaan pasaran.

Susulan itu juga, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi kritikan beliau sebelum ini dan mengatakan bahawa bank pusat dan Jerome Powell tiada keberanian, tidak masuk akal dan tiada visi. Ini nyata menyerlahkan rasa ketidakpuasan hati beliau terhadap keputusan mesyuarat FOMC kerana tidak menepati apa yang beliau hasratkan.

Selain daripada menurunkan kadar faedah, Fed turut mengubah dua kunci utama untuk mengawal keseimbangan polisi utama. Fed telah menurunkan kadar faedah bagi lebihan simpanan bank (IOER) sebanyak 30 mata asas, kepada 1.80%. Kadar tersebut adalah 20 mata asas lebih rendah di bawah julat sasaran, berbanding 15 mata asas sebelum ini.

Fed juga menetapkan kadar penawaran untuk apa-apa operasi keperluan dalam perjanjian pembelian semula bernilai $2.2 trilion, pada 1.70% iaitu 5 mata asas di bawah paras terendah untuk julat sasaran terbaru bagi kadar kadar polisi.

Berbanding dolar Euro, dagangan USD telah mencatatkan penurunan sekitar 50 pips susulan keputusan mesyuarat FOMC dikeluarkan awal pagi tadi dengan melihatkan pengukuhan matawang Amerika Syarikat tersebut.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.