Federal Reserve AS Akhirnya Beri Petunjuk Untuk Pemotongan Kadar Faedah?

306

Dagangan awal Mac dimulakan dengan sentimen pasaran yang masih berisiko dipengaruhi oleh ancaman penularan wabak coronavirus yang semakin membimbangkan, di mana secara keseluruhannya kini, angka kematian telah mencecah 3,051 manakala jumlah kes naik kepada 88, 591.

Us dolar jatuh ke paras terendah 5 bulan berbanding safe-haven yen susulan kenyataan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell yang memberi indikasi mengenai pemotongan kadar faedah berikutan coronavirus.

Pada Jumaat, Powell berkata bank pusat akan mengambil tindakan yang bersesuaian untuk menyokong ekonomi AS dalam berdepan dengan risiko yang tercetus akibat wabak coronavirus, walaupun pada mulanya beliau menyatakan ekonomi masih dalam keadaan yang kukuh.

Berikutan itu, pelabur menganggapnya sebagai petunjuk bahawa Fed akan mengurangkan kadar faedah sekurang-kurangnya 0.25% pada mesyuarat yang dijadualkan akan berlangsung pada 17-18 Mac ini.

Kenyataan Fed juga telah mendorong peningkatan dolar euro untuk diniagakan tinggi berbanding USD.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata bahawa kesan risiko wabak COVID-19 adalah sangat tinggi di peringkat global dan peningkatan berterusan dalam kes ini merupakan satu kebimbangan buat WHO.

Safe-haven yen telah meningkat sebanyak 3.2% pada minggu lalu, menjadikannya sebagai keuntungan terbesar sejak Julai 2016.

Ketika China sedang berjuang untuk memerangi penularan wabak coronavirus yang saban hari mencatatkan peningkatan dalam kes dan kematian, aktiviti perkilangan di ekonomi kedua terbesar dunia itu mengalami kejatuhan yang ketara pada bulan Februari.

Data rasmi PMI China yang diterbitkan oleh Biro Statistik Kebangsaan (NBS) pada Sabtu, menunjukkan sektor pembuatan mencecah rekod terendah iaitu 35.7 daripada 50.0 pada bulan sebelumnya.

Ini menyebabkan dagangan matawang Asia, dolar Aussie dan New Zealand terus diniagakan lemah berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat