Federal Reserve Mahu Mengeluarkan Matawang-Crypto Mereka Sendiri – Dudley

77

Bitcoin tidak dapat dihentikan dan kini melepasi harga $11,000 kurang daripada sehari selepas harga naik mencecah $10,000.

Dalam pusat tukaran yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Bitfinex, Bitcoin naik 10% sehingga mencapai $11,297 setakat pukul 9.30 malam pada Rabu.

William Dudley, presiden Fed cawangan New York berkata pada Rabu bahawa bank pusat U.S. sedang mempertimbangkan matawang digital mereka sendiri. Walaubagaimanapun, Dudley masih skeptikal dengan Bitcoin dengan mandakwa ia adalah ‘aktiviti spekulasi’.

Bitcoin yang mana hanya bermula pada harga $1,000 pada awal 2017 telah menembusi harga $5,000 pada Oktober dan kini telah naik 1000% sepanjang tahun ini.

Pada harga semasa, jumlah modal pasaran kini mencecah $192 billion melebihi nilai syarikat Boeing, IBM, Mater Card, Disney dan McDonald’s.

Walaupun dengan pelbagai tohmahan, Bitcoin terus merekod kenaikan sehingga mencapai paras tertinggi yang mungkin tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

Penerimaan daripada institusi seperti CME Group juga menunjukkan sentimen matawang-Crypto yang semakin cerah. CME yang merupakan penyedia pasaran derivatif terbesar dunia akan melancarkan ‘bitcoin futures‘ (niaga-hadapan) sebelum penghujung tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat