Federal Reserve US Mungkin Perlu Menaikkan Kadar Lebih dari Tiga Kali pada 2017

48

Jeffrey Lacker merupakan salah seorang dari ahli pembuat polisi yang paling hawkish dalam Federal Reserve US (Rizab Persekutuan) menyatakan perlunya kadar faedah yang lebih tinggi di US. Menurutnya lagi The Fed perlu menaikkan kadarnya lebih dari tiga kali pada 2017.

Beliau juga mengatakan, ketidaktentuan semakin meningkat dalam ekonomi pada masa ini, berikutan pilihanraya lalu. Donald Trump yang dipilih oleh penduduk US, telah memberikan isyarat tentang polisi fiskal yang akan dibawanya untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Pendapat beliau tentang lonjakan permintaan dalam ekonomi US pada tahun hadapan memerlukan kadar faedah untuk naik. Permintaan yang semakin meningkat dalam ekonomi US akan memberi tekanan kepada kadar inflasi untuk naik dan untuk menyeimbangkan kenaikan inflasi adalah dengan menaikkan kadar faedah bank.

Secara teorinya, kadar faedah bank yang meningkat akan menyebabkan kos pinjaman wang meningkat dan mengurangkan perbelanjaan atau pelaburan di dalam ekonomi. Hal ini lah yang akan meberi tekanan kepada inflasi untuk turun semula ke paras yang stabil.

Lacker selama ini dilihat begitu hawkish dalam Federal Open Market Committee (FOMC) dan selalu memilih untuk menaikkan kadar Fed Fund Rate (kadar faedah).

Walaupun Lacker begitu hawkish, tetapi beliau tidak akan menjadi ahli yang membuat pengundian penetapan kadar sehingga tahun 2018. Ketika ini beliau bertanggungjawab untuk membuat ramalan bagi kadar ‘Fed Fund Rate’  menggunakan analisis ‘dot plot’ bersama-sama dengan Presiden Fed  yang lain.

Analisis ‘dot plot’ yang dibuat oleh Lacker pada 2017 ini lah yang menunjukkan jangkaan tiga kali peningkatan kadar pada tahun tersebut sekaligus menguatkan US dolar sehingga hari ini.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat