Ferrari ‘Buang’ Kripto Di Litar Lumba F1!

181

“Mungkin ni salah pasaran kripto tapi mungkin salah sendiri juga.”

Pasaran mata wang kripto yang kian merosot telah menjadi pencetus Scuderia Ferrari daripada Itali, iaitu pasukan perlumbaan Formula One (F1) menamatkan semua kerjasamanya yang mempunyai kaitan dengan aset digital.

Terdahulu sebelum bermulanya tahun 2023, Ferrari telah mengalami kerugian sebanyak $55 juta selepas bertindak mengakhiri perjanjiannya bersama Veles Blockchain dan syarikat pembuat cip, Snapdragon.

Diperjelaskan bahawa perjanjiannya dengan Veles bernilai $30 juta setahun sejak dari 2021 adalah bertujuan untuk meningkatkan jumlah peminat Ferrari melalui koleksi non-fungible token (NFT) dan lain-lain.

Namun sebaliknya berlaku apabila Ferrari bukan sahaja tidak membenarkan Velas mencipta sebarang imej NFT malah memasarkannya.

Selain daripada Ferrari, Mercedes turut mengalami nasib serupa apabila mereka menggantung kerjsamanya dengan FTX yang telah memfailkan bankrap Bab 11 pada bulan November.

Menurut Toto Wolff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 menegaskan bahawa pasukan lain mungkin akan menghadapi tempias yang sama jika pergerakan pasaran kripto secara berterusan melemah.

Dalam pada itu, F1 telah memfailkan tanda dagangan (trademark) pada bulan Oktober lepas untuk lancarkan pasaran dalam talian bersandarkan kripto, metaverse dan NFT tetapi buat masa ini masih tidak pasti sama ada rancangan tersebut akan diteruskan ataupun tidak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat