‘Filipina Tidak Bertanggungjawab’ – Hishammuddin

935

Kementerian Luar Malaysia memanggil Duta Filipina di negara ini susulan dakwaan oleh Setiausaha Hal Ehwal Filipina, Teodoro Locsin Jr terhadap Sabah yang menyatakan Sabah bukanlah sebahagian daripada Malaysia.

Menurut laporan al-Jazeera yang memetik Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai berkata, dakwaan Locsin Jr itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Locsin Jr membalas ciapan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Manila yang mendakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.

Ekoran itu, Hishammuddin memanggil duta Filipina semalam bagi memberi penjelasan berkaitan isu terbabit.

Bagaimanapun, kedutaan Filipina memberi respon di media sosial rasminya hari ini bahawa mereka akan turut memanggil duta Malaysia di Filipina.

Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1963 namun Borneo pernah berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu. Ahli politik Filipina sering mengguna pakai fakta terbabit untuk mencadangkan Sabah sepatutnya menjadi sebahagian daripada Filipina.

Selain itu, Locsin Jr turut mendakwa Malaysia menyokong dan memberikan bantuan seperti senjata terhadap kumpulan pemisah Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat