Firma Barangan Kemas Untung Besar!

739

Ekuiti berkaitan emas melonjak sebanyak kira-kira 400% berikutan aktiviti pelabur tempatan yang baru-baru ini memacu kenaikan harga emas.

Lapor The Edge, saham syarikat barangan kemas termasuklah Niche Capital Emas Holding Bhd dan Tomei Consolidated Bhd meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Niche Capital menyaksikan pasaran modal meningkat lebih 400% sejak 16 Julai kepada kira-kira AS$50 juta (RM208.52 juta). Dagangannya meningkat lebih enam kali ganda berbanding harga terbitannya.

Saham-saham kecil berkaitan emas dilihat sebagai alternatif lain kepada pelabur meraih keuntungan melalui dagangan logam kuning, yang mencapai rekod tertinggi bulanan ketika wujud kebimbangan inflasi susulan kelonggaran polisi bank pusat secara besar-besaran dalam usaha untuk berdepan pandemik dan penurunan terhadap kadar faedah.

Kenaikan itu dibantu oleh peningkatan pelaburan individu di rantau Asia Tenggara. Pelaburan mereka merancakkan petunjuk utama FBM KLCI yang lebih baik berbanding negara-negara jiran.

Meskipun jumlah dagangan saham melonjak ke paras tertinggi, Malaysia bersiap sedia mengambil langkah untuk menepis spekulasi negatif oleh pelabur runcit.

Walaupun syarikat pengeluar sarung tangan getah mula mempamerkan pendapatan yang kukuh susulan permintaan yang tinggi terhadap peralatan kesihatan dan kebersihan, pelaburan seperti saham emas dilihat satu pelaburan yang berisiko.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) Areca Capital Sdn Bhd, Danny Wong, harga saham emas dilihat naik berikutan banyak spekulasi pembelian oleh pelabur runcit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat