Firma Kewangan ZELF Lancarkan Kad Debit Visa Dengan Fungsi Kripto

180

Pasti para pelanggan tidak sabar merasai pembaharuan daripada syarikat fintech Amerika ZELF yang telah memperkenalkan kad debit Visa tanpa nama (anonymous) di 80 juta lokasi seluruh dunia.

Antara manfaat yang akan diperoleh oleh pelanggan melalui inisiatif ZELF tersebut adalah dapat membuka akaun semakan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dengan hanya memerlukan nama, e-mel dan nombor telefon.

Kemudahan berikut dapat mempercepatkan proses pelanggan daripada perlu menyediakan dokumentasi seperti nombor keselamatan serta alamat tempat tinggal.

Sementara para pelanggan turut dibekalkan kad debit maya tanpa nama yang berfungsi pada Apple Pay dan Google Pay dalam tempoh 30 saat selepas mereka membuka akaun semakannya, ulas syarikat fintech tersebut.

Diperjelaskan lebih lanjut, pemegang kad debit Visa akan diberi pilihan untuk membiayai akaunnya melalui pembayaran elektronik tradisonal, money and wire transfer* atau pembayaran kripto.

*Membenarkan wang dipindahkan dengan cepat dan selamat tanpa perlu menukar wang tunai.

Sungguhpun pengguna hanya dibenarkan membuat deposit dalam USD Coin (USDC), Tether (USDT) dan Ethereum (ETH) buat tempoh ini, ZELF rancang untuk menambah lebih 20 token lagi menjelang akhir tahun 2022.

Suka dimaklumkan juga bahawa tujuan ZELF memeterai perjanjian bersama Visa adalah untuk wujudkan privasi dan keselamatan kepada pengguna yang berurusan dengan kripto.

Mengecap pula daripada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ZELF, Elliot Goykhman menegaskan bahawa pelonggaran keperluan pengesahan bukan sahaja dapat menarik pelanggan baharu menyertai perkhidmatannya, malah memberi akses perkhidmatan kewangan kepada penduduk global yang tidak mempunyai sebarang perbankan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat