Firma Penganalisis Menjangkakan Jualan Iphone Akan Merosot – Taraf Saham Apple Diturunkan!

319

Saham Apple didagangkan rendah pada awal pra-dagangan pada hari Isnin selepas firma penganalisis Rosenblatt Securities menurunkan taraf saham Apple berikutan kekhuatiran terhadap permintaan iPhone yang semakin berkurangan dan pertumbuhan hasil perkhidmatan yang lembap pada suku tahun kedua.

Firma penganalisis Rosenblatt Securities menurunkan taraf saham Apple daripada “Jual” kepada “Neutral” namun sasaran saham harga Apple dikekalkan pada $150.

Firma tersebut percaya bahawa Apple akan berhadapan dengan kemerosotan dalam segi fundamental bagi 6-12 bulan kehadapan. Firma tersebut juga percaya bahawa jualan iPhone akan merosot termasuk pertumbuhan jualan.

Saham syarikat gergasi teknologi Apple jatuh 1.75% kepada $200.90 sesaham pada awal dagangan. Syarikat tersebut dijangka akan mengeluarkan laporan suku ketiga tahun ini pada Julai 30. Baru-baru ini Apple juga dihimpit dengan tamparan apabila Jony Ive merupakan pereka hebat Apple yang telah bersama syarikat Apple Inc. selama 30 tahun akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat