Firma Teknologi Berbelah Bahagi, Apa Nak Jadi Dengan Pasaran Buruh AS Ni?

136

‘Itulah haritu melulu buang pekerja, sekarang apa dah jadi? Sudah diludah, jilat semula.’

Pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) dibelenggu ketidaktentuan dengan pemberhentian besar-besaran dalam sektor teknologi oleh beberapa syarikat media sosial.

Menurut laporan Wall Street Journal, Meta Platforms bakal melaksanakan rancangan pemberhentian besar-besarannya bermula minggu ini dan dijangka meninggalkan kesan mendalam kepada ribuan pekerja syarikat.

Rancangan pemberhentian tersebut didedahkan Meta pada Oktober lalu dengan unjuran lemah pada suku ke-4 dan awal tahun depan diramal menyebabkan syarikat alami kerugian nilai saham sebanyak $67 bilion.

Prospek buruk tersebut digarisi faktor pertumbuhan ekonomi global yang lemah, persaingan dari TikTok, perubahan privasi Apple, perbelanjaan besar pada metaverse dan isu pengawal seliaan.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg, syarikat akan mengurangkan pelaburannya pada tahun depan ke bahagian penting dan berpulangan besar memandangkan prospek ekonomi dilihat suram.

Ia termasuk pemberhentian beberapa pekerja di bahagian lain bagi mengurangkan kos perbelanjaan dalam usaha menampung usaha metaverse syarikat.

Pada sisi berbeza, Twitter Inc pula dilaporkan akan memanggil semula beberapa pekerja yang di buang tempoh hari semasa pemerolehan $44 bilion oleh Elon Musk.

Berita tersebut tersebar luas dengan syarikat dikatakan menghubungi semula sekumpulan bekas pekerja untuk meminta mereka kembali berkerja dengan Twitter.

Dikatakan beberapa pekerja yang dipecat tempoh hari adalah kerana berlaku kesilapan sementara yang lain adalah disebabkan perbezaan pendapat mereka dengan Musk.

Sebagai peringatan, Musk telah membuang kira-kira 50% tenaga kerja di Twitter sebaik menduduki pejabat syarikat pada minggu lepas termasuk beberapa eksekutif penting.

Setakat ini pihak Twitter tidak memberi sebarang kenyataan lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat