Firma Teknologi China Hilang Monopoli?

1,901

Syarikat teknologi gergasi China berdepan tekanan memuncak daripada pihak berkuasa tempatan yang khuatir tentang kuasa monopoli mereka.

Semalam, Tencent telah ‘kehilangan’ lebih AS$60 bilion daripada nilai pasarannya selepas harga saham syarikat berkenaan susut kerana kebimbangan pengawasan pihak berkuasa yang lebih ketat.

Media tempatan melaporkan syarikat Alibaba berkemungkinan menjual sebahagian aset medianya.

Pihak berkuasa China telah mengenakan langkah yang lebih ketat terhadap firma-firma teknologi.

Pentadbiran untuk Peraturan Pasaran Negara China (SAMR) pada Jumaat lalu berkata, sebanyak 12 syarikat telah didenda berhubung 10 perjanjian yang melanggar peraturan anti-monopoli.

Menurut SAMR dalam kenyataan, syarikat-syarikat tersebut termasuklah Tencent, Baidu, Didi Chuxing, Softbank dan firma yang disokong ByteDance.

Para pelabur khuatir Tencent akan menjadi syarikat seterusnya yang bakal dikenakan tindakan.

Tencent merupakan salah satu syarikat teknologi terbesar di China dengan lebih satu bilion pengguna di laman pemesejan WeChat miliknya.

Pengasasnya iaitu Pony Ma adalah lelaki terkaya di negara berkenaan. Tencent juga merupakan pemain penting dalam pasaran pembayaran digital China apabila memperkenalkan WeChat Pay untuk bersaing dengan AliPay milik Ant Group.

Laporan media menyebut Ant dan Tencent berkemungkinan terpaksa membangunkan beberapa syarikat pegangan yang berbeza termasuklah perbankan, perkhidmatan pembayaran dan insurans.

Menurut stesen penyiaran tempatan CCTV, Presiden China, Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa untuk meningkatkan pengawasan terhadap firma teknologi, menyekat monopoli dan mempromosikan persaingan yang adil.

Tindakan oleh kerajaan China itu dilaksanakan selepas pengasas Alibaba, Jack Ma mengecam tindakan pihak berkuasa Beijing terhadap sektor teknologi kewangan pada tahun lalu.

Sejak itu, pihak berkuasa melancarkan siasatan anti-monopoli terhadap Alibaba.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat