Firma UK Terdesak! Rishi Sunak Perlu Ambil Tindakan Segera

253

Syarikat di Britain semakin terdesak untuk mendapatkan bantuan kecemasan kerajaan dan tidak boleh menunggu sehingga bulan Mac, di mana Menteri Kewangan Rishi Sunak akan melancarkan sokongan tambahan.

Melalui surat yang diutuskan kepada Rishi Sunak pada hari Selasa, Gabungan Industri Britain (CBI) memohon tindakan segera diperlukan untuk membantu firma bertahan, susulan perlaksanaan semula penutupan di UK dan syarikat juga perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas Brexit.

Kumpulan itu meminta program sokongan pekerjaan oleh kerajaan yang sepatutnya tamat pada bulan April, dilanjutkan sehingga akhir Jun serta mengharapkan komitmen untuk sokongan yang disasarkan selepas itu.

Mereka juga ingin melihat tarikh akhir pembayaran cukai jualan dilanjutkan dan melanjutkan cuti kadar perniagaan.

Ketua Pengarah CBI memberitahu bahawa sekiranya kerajaan merancang untuk terus menyokong syarikat-syarikat, maka mereka perlu mengambil tindakan sebelum belanjawan seterusnya dilancarkan pada awal Mac.

Kerajaan telah membelanjakan sekitar £ 300 bilion untuk memerangi Covid-19 dan menyokong pekerja dan perniagaan, sehingga hutang negara melebihi £ 2 trilion untuk pertama kalinya.

Sunak juga telah berulang kali memberi amaran bahawa tahap perbelanjaan semasa tidak dapat bertahan dalam jangka panjang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat