Flare Bakal Bawa Fungsi Kontrak Pintar Kepada Stellar Lumens (XLM)

791

Ripple masih lagi bersama projek-projeknya dengan yang terbaru, blockchain Flare Networks mengumumkan mahu mengintegrasikan Stellar Lumens (XLM) ke dalam platform kontrak pintarnya.

Blockchain yang disokong Ripple itu mengumumkan rancangan tersebut, menjadikan XLM sebagai F-Asset di rangkaiannya menerusi Twitter pada 26 Februari lalu.

Menyentuh perihal XLM, produk ini sebenarnya tidak serasi dengan mesin maya Ethereum (EVM), namun dihubungkan oleh protokol F-Asset. Melalui integrasi antara XLM dan platform Ethereum, pengguna boleh mengakses token yang disokong XLM di mana-mana rangkaian DeFi.

Objektif Flare Networks adalah mahu menghubungkan DeFi dan kontrak pintar dengan banyak rangkaian blockchain, menjadikan mana-mana token kripto boleh digunakan di kontrak pintar.

Firma itu memulakan rancangan itu dengan XRP sebelum meneruskan integrasi terhadap Litecoin (LTC), Dogecoin (DOGE) dan akan datang, XLM.

Pengasas bersama Flare, Hugo Philion menerusi satu temubual bersama Real Vision pada Januari lalu memberitahu ada potensi untuk firma itu membawa kontrak pintar ke Bitcoin.

Flare juga bercadang untuk mengedarkan sebanyak 45,827,728,412 tokennya yang dikenali sebagai Spark (FLR) pada penggal pertama 2021.

Sebagai perkembangan semasa, mereka telah beralih kepada airdrop token Spark kepada pemilik XRP yang layak. Malah, perkara yang sama akan dilakukan terhadap pemegang LTC menjelang pelancaran firma suku kedua 2021.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kata putus berkaitan airdrop yang sama terhadap pemilik DOGE dan XLM.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat