Flybe Muflis Gara-gara Coronavirus?

1,549

Sebuah syarikat penerbangan United Kingdom, Flybe didakwa telah gulung tikar. Sehubungan dengan itu, semua penerbangan yang telah dijadualkan terpaksa dihentikan serta-merta. Hal ini demikian kerana wabak coronavirus yang semakin merebak hingga memberi kesan terhadap majoriti syarikat penerbangan di peringkat global.

Menurut sebuah kenyataan, syarikat tersebut dikatakan telah muflis hingga tidak mampu untuk menyediakan penerbangan alternatif kepada para penumpang. Oleh yang demikian, operasi dan urusniaganya terpaksa dihentikan.

Sebelum ini, Flybe dikhabarkan mengalami nasib yang sama pada Januari lalu akan tetapi berjaya bangkit semula setelah memperoleh bantuan daripada kerajaan United Kingdom. Malangnya, mereka didapati telah gagal untuk mengekalkan prestasinya di bawah pengendalian Connect Airways pada tahun lepas.

Pada peringkat awal, prestasi syarikat tersebut dipercayai terjejas gara-gara kejatuhan permintaan dan berhadapan dengan persaingan sengit daripada syarikat yang lain.

Baru-baru ini, Flybe tidak dapat diselamatkan lagi apabila penularan COVID-19 bahkan ianya menyebabkan beberapa buah syarikat penerbangan yang lain turut terjejas serta membatalkan penerbangan mereka.

Satu pengumuman rasmi telah dikemukakan apabila wujud desas-desus bahawa syarikat itu bakal ditutup kerana gagal memperoleh bantuan kerajaan berjumlah £100 juta dalam usaha membaikpulih operasinya.

Sayang seribu kali sayang, berpunca daripada serangan virus pembunuh, empayar syarikat penerbangan tempatan terbesar di United Kingdom tersebut runtuh dalam sekelip mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat