FMM Mohon Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Di Nilai Dalam Dolar (USD)

249

The Edge hari ini melaporkan, presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Dr Lim Wee Chai menyatakan keluaran dalam negara kasar (KNDK) perlu dinilai dalam bentuk US dolar untuk kita mengetahui perkembangan ekonomi lebih baik terutamanya penglibatan negara dalam dagangan antarabangsa begitu tinggi.

Dr. Lim turut menyatakan, jika laporan dikira dalam USD, KDNK negara dan KNDK per kapita akan lebih kecil kerana nilai ringgit telah semakin menyusut.

“KDNK meningkat 5.8% pada suku tahun kedua 2017 (2Q17)… tetapi peningkatan tersebut dalam ringgit. Jika kita buat perkiraan menggunakan US dolar, peratus KDNK akan menjadi -3.3% kerana ringgit telah susut nilai sehingga 9%” tambah beliau.

“KDNK menunjukkan peningkatan terhadap ringgit, tetapi bukan pada dolar. Dari segi dolar, ianya tidak meningkat, malah menunjukkan penurunan”, jelas beliau dalam pertemuan media semalam untuk mengumumkan keputusan kaji selidik bersama Institusi Pengkaji Ekonomi Malaysia (MIER) kali ke-11.

Ringgit telah jatuh 9% sejak 1 April 2016 daripada paras RM3.8905 berbanding dolar sehingga ringgit tutup pada RM4.279 semalam. Dr Lim turut menyatakan perkembangan KDNK pada suku tahun pertama disokong oleh pengeluaran eksport dalam pembuatan barangan serta permintaan domestik.

Jumaat yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan perkembangan ekonomi Malaysia 5.8% pada suku tahun kedua, dan 5.7% pada suku tahun pertama, dengan kenaikan disokong oleh permintaan domestik serta kenaikan mendadak dalam sektor eksport.

BNM berkata, KDNK dijangka akan meningkat melebihi 4.8% tahun ini, berikutan data yang kukuh pada suku tahun pertama yang lalu.

FMM-MIER telah membuat kaji selidik terhadap 396 respondan dan kajian tertumpu kepada perniagaan tempatan bagi suku tahun pertama dan pandangan sepanjang tahun ini.

38% daripada respondan menjangkakan kenaikan pada jualan eksport bagi pertengahan tahun kedua, meningkat daripada 31% pada sesi kaji selidik yang lalu berikutan ringgit semakin lemah, manakalah 21% menjangkakan penurunan dan 41% kekal berkecuali.

Statistik menunjukkan peningkatan pada eksport untuk pertengahan tahun kedua kerana ringgit yang semakin lemah menunjukkan kos boleh dijimatkan kerana upah pekerja dan kos operasi menjadi lebih murah. Namun, pelaburan terhadap produk yang berkualiti di masa hadapan akan menjadi lebih sukar jika nilai ringgit terus menyusut.

Dr Lim juga menyatakan pasaran tidak akan kelihatan baik di masa hadapan sekiranya kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan baik atau tidak stabil. Beliau juga menambah, peningkatan bilangan penjawat awam juga akan membebankan kerajaan.

“Jika ianya membebankan kerajaan, ia turut membebankan industri, dan akan meningkatkan kos dalam perniagaan. Akhirnya perniagaan menjadi tidak cekap. Jadi jika kerjasama antara kami dan kerajaan baik, pasaran dalam sektor eksport akan bertambah baik”, kata beliau.

Hasil kaji selidik juga menunjukkan 59% respondan percaya kos pembuatan akan meningkat pada pertengahan tahun kedua manakala 72% menjangkakan kos kekal dan tidak berubah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat