FOMC Malam Ini Nak Buy atau Nak Sell? Baca Preview Ini

5,664
Kenaikan kadar faedah The Fed sudah dijangka pada awal pagi nanti. Federal Reserve akan mengumumkan dasar monetari terbarunya pada pukul 2 pagi Khamis.

 

Kenaikan kali ini adalah yang ketiga pada tahun 2018 yang membawa kadar faedah ke paras 2.25% dengan Fed Fund Rate yang dinaikkan sebanyak 25 mata asas. Ia juga adalah paras yang tertinggi sejak April tahun 2008 semasa krisis kewangan sub-prima berlaku.

 

Kadar inflasi ketika ini berada pada sasaran, kadar pengangguran pula lebih baik daripada apa yang dijangka. Dalam masa yang sama Fed Fund Rate masih berada di bawah potensi kadar faedah yang sebenar. Oleh itu, kenaikan kadar faedah dalam mesyuarat kali ini adalah wajar.

 

Pasaran menjangkakan empat kenaikan kadar faedah pada tahun ini dan kenaikan seterusnya pula pada mesyuarat bulan Disember.

 

Selain daripada kenyataan awal yang dikeluarkan pada pukul 2 pagi, The Fed juga akan mengeluarkan unjuran ekonomi yang akan menjadi antara perhatian utama pasaran. Sidang media pengerusi Jerome Powell pula akan berlangsung pada pukul 2.30 pagi dengan pemain pasaran keseluruhannya akan cuba mendapatkan isyarat-isyarat penting tentang halatuju pengetatan dasar monetari di masa akan datang.

 

Untuk pengetahuan anda, The Fed akan mengadakan sidang media pada setiap mesyuarat yang dijalankan bermula pada tahun hadapan. Ketika ini bank pusat hanya mengadakan sidang media sebanyak empat kali daripada lapan mesyuaratnya setahun. Hal ini dijelaskan oleh Powell agar FOMC lebih fleksibel dalam menaikkan kadar faedah.

 

Unjuran ekonomi yang terbaru pada awal pagi nanti adalah termasuk analisis ‘dot-plot’ dan sudah tentu pasaran akan meneliti jangkaan bank pusat terhadap kenaikan kadar faedah pada tahun 2019 dan juga ramalan pertama ekonomi untuk tahun 2021.

 

Beberapa Senario Yang Mungkin Berlaku Kepada US Dollar

#1 US Dollar jatuh menjunam pada pukul 2 pagi
Ini akan berlaku jika The Fed mengumumkan kadar faedah dikekalkan pada paras 2.00%. Hal ini disebabkan pasaran sepenuhnya menjangka kenaikan kadar faedah kepada 2.25% dan jika ia tidak dinaikkan, bermakna jangkaan pasaran meleset dan seterusnya US dollar akan menjunam. Namun, potensi kadar faedah dikekalkan adalah sangat kecil.
Selain daripada itu, jika bank pusat mengatakan dalam kenyataan awalnya bahawa ‘perang dagang akan memberi kesan buruk kepada ekonomi’, ia akan menyebabkan kelemahan US dollar.

 

#2 US Dollar menguat sejurus dasar diumumkan pada pukul 2 pagi
Dalam pengumuman dasar kali ini kenyataan awal akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi bersama unjuran ekonomi The Fed. Kenaikan kadar faedah kepada 2.25% dijangka tidak banyak menyumbang kepada pengukuhan US dollar kerana ia telah dijangka. Namun, jika unjuran yang dikeluarkan oleh FOMC melebihi jangkaan pasaran, US dollar berkemungkinan akan menguat tetapi sedikit terhad kerana tumpuan pasaran juga adalah kepada sidang media Jeorme Powell pada pukul 2.30 pagi.

 

#3 Pergerakan US Dollar volatile (turun-naik) semasa sidang media Powell
Pergerakan US dollar tidak dapat dijangka semasa sidang media kerana pasaran selalunya bergerak pantas sejurus komen yang dibuat oleh pengerusi Fed. Jika komen yang diberikan bernada hawkish (cenderung kepada kenaikan kadar faedah), US dollar akan menguat. Jika sebaliknya, dovish (cenderung kepada penurunan kadar faedah), US dollar akan melemah. Namun, komen oleh Powell boleh jadi bercampur-campur antara hawkish dan dovish, seterusnya menyebabkan US dollar bergerak naik-turun.
Banyak lagi senario yang mungkin berlaku pada malam ini, dan kali ini kami hanya mengongsikan tiga senario yang lebih umum seperti di atas.

 

Apa yang perlu anda buat?

Nasihat kami di moshed.com adalah lebih baik anda menunggu sidang media Jerome Powell tamat sebelum mengambil keputusan trading. Ini bermaksud, kita perlu menganalisis terlebih dahulu penetapan FOMC pada awal pagi nanti secara keseluruhan, bermula daripada kenyataan awal yang dikeluarkan pada pukul 2 pagi bersama unjuran ekonomi sehinggalah komen-komen yang dibuat oleh Jerome Powell di dalam sidang media.
Tanya diri sama ada secara keseluruhan ia positif kepada USD atau sebaliknya. Jika sudah ada jawapan, barulah memasuki posisi trading dengan yakin.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat