FOMO Dorong Pelabur Kembali Melabur, Tetapi Indikasi Ini Buatkan Pasaran Berhati-Hati!

535

FOMO diliha semakin meningkat apabila harga Bitcoin (BTC) kembali bangkit sehingga didagangkan melebihi purata pergerakan 200 mingguan (WMA), dengan pasaran ekuiti A.S. turut pulih. Pemulihan pasaran kripto hadir di tengah the Fed mengambil langkah untuk naikkan kadar faedah dan memberi keyakinan bahawa kemelesetan ekonomi dapat dielak.

Sementara itu, pasaran saham A.S. meningkat selepas laporan pendapatan korporat yang kukuh. Indeks saham Dow Jones meningkat lebih daripada 750 mata, Nasdaq meningkat sebanyak 3.11%, dan S&P 500 meningkat sebanyak 2.76%.

Pemulihan yang lebih meluas dalam pasaran kripto serta pasaran saham global, terutamanya pasaran ekuiti A.S., telah memulakan FOMO di kalangan pelabur. Hal ini telah mendorong para pelabur memindahkan wang ke pasaran kripto dan saham.

Pasaran kripto menyaksikan pemulihan besar-besaran minggu ini selepas pegawai Rizab Persekutuan menolak kemungkinan kenaikan 100 mata asas pada mesyuarat FOMC akhir Julai. Selain itu, pembangun Ethereum yang mengumumkan ‘gabungan’ pada pertengahan September juga menyokong pemulihan. Ditambah pula kemungkinan kemelesetan ekonomi semakin berkurangan.

Harga Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) telah melonjak melebihi 20% dalam masa seminggu. Malah ada dalam kalangan kelompok ikan paus yang percaya pasaran telah mencapai titik terendah. Selain itu, Indeks Ketakutan & Ketamakan Pasaran Kripto meningkat dengan ketara.

Walaupun harga Bitcoin (BTC) malah telah bergerak melebihi 200-WMA sekarang, dengan harga kini didagangkan pada $23,640, naik 9% dalam sehari. Sementara itu, harga Ethereum (ETH) telah stabil di atas paras $1500, naik 4% dalam tempoh 24 jam yang lalu namun segelintir pelabur mula berjaga-jaga.

Berdasarkan data BitInfoCharts, ‘Whale’ Bitcoin telah memunggah lebih 60k Bitcoin dalam dua hari yang lalu. Baki semasa ialah 71,381.79 BTC, dengan keuntungan $132.76 juta. Kekhuatiran bahawa kelompok ‘Whale’ akan semakin agresif mengambil keuntungan.

Lebih-lebih lagi, Grayscale dalam laporan terbaharunya “Bear Markets in Perspective” telah mendedahkan bahawa pasaran menurun boleh berakhir dalam 5-6 bulan lagi. Profit Blue, pelabur BTC sejak 2014, percaya bahawa pasaran masih dalam trend yang menurun. Beliau berpandangan ini hanyalah ‘bull trap’.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat