Forbes Dedah Kekayaan 50 Hartawan Malaysia Merosot 10%

1,419

‘Adakah ini berita buruk untuk orang-orang kaya di Malaysia? Atau hanya sekadar sesuatu yang tak perlu dibimbangkan pun bagi mereka? ‘

Senarai 50 hartawan Malaysia (Malaysia’s 50) terbitan Forbes menyaksikan nilai gabungan kekayaan telah merosot 10% berbanding tahun lalu pada $80.5 bilion atau RM353.92 bilion.

Menurut Forbes, secara keseluruhan 30 dari senarai tersebut memperlihatkan kekayaan mereka merosot apabila pasaran saham jatuh dan nilai mata wang ringgit yang susut sebanyak 6%.

Ringkasan kepada senarai tersebut adalah seperti berikut:

  • Robert Kuok kekal di ranking teratas dengan nilai kekayaan sebanyak $11 bilion berbanding $12.2 bilion yang dicatat tahun lalu.
  • Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Company (Malaysia), ungguli ranking ke-2 dengan penambahan $500 juta kepada nilai kekayaan sebanyak $10.1 bilion.
  • Koon Poh Keong dan adik-beradiknya dengan empayar Press Metal Aluminium Holdings Bhd mengekalkan nilai kekayaan pada $6.2 bilion untuk berada di rankinn ke-3.
  • Tan Sri Teh Hong Piow, pengasas dan pengerusi Public Bank Bhd, berada di ranking ke-4 dengan nilai kekayaan $5.7 bilion.
  • Ananda Krishnan yang mempunyai pegangan dalam Maxis Bhd dan Bumi Armada Bhd di ranking ke-5 dengan nilai kekayaan $5 bilion.
  • Lee Yeow Chor & Yeow Seng (nilai kekayaan $4.8 bilion)
  • Tan Sri Chen Lip Keong (nilai kekayaan$2.7 bilion)
  • Tan Yu Yeh & Yu Wei (nilai kekayaan $2.4 bilion
  • Tan Sri Lim Kok Thay (nilai kekayaan $2.35 bilion)
  • Lau Cho Kun (nilai kekayaan $2 bilion)

Selain itu, Forbes turut menyatakan pembuat sarung tangan getah, yang antara mencatat keuntungan tertinggi tahun lalu, merosot apabila permintaan semakin berkurangan sejak wabak Covid-19 mereda.

  • Kuan Kam Hon dari Hartalega Holdings Bhd di tangga ke-11 (nilai kekayaan $1.9 bilion) dan Lim Wee Chai dari Top Glove Corp Bhd pada tangga ke-14 (nilai kekayaan $1.4 bilion) ekoran penurunan pada sektor sarung tangan getah.
  • Pasangan Datuk Seri Stanley Thai and Datin Seri Cheryl Tan, Supermax Corp Bhd, berada pada kedudukan ke-45 apabila nilai kekayaan mereka susut 2/3 kepada $340 juta.
  • Tan Sri Lim Kuang Sia dari Kossan Rubber Industries Bhd di takhta ke-24 (nilai kekayaan 740 juta) dan Wong Teek Son, Riverstone Holdings pada kedudukan ke-30 (nilai kekayaan 565 juta).
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat