FTX Lancar Portal Untuk Pengguna ‘Claim’ Semula Dana Di Platform Itu!

129

“Bagus nampaknya FTX ingin bangkit semula daripada kejatuhan secara perlahan-lahan.”

Setelah menghadapi kebankrapan, bursa mata wang kripto FTX akhirnya melancarkan portal ‘Claim’ yang membenarkan semua pemiutangnya memfailkan tuntutan secara rasmi untuk mendapatkan semula dana terkunci di platform mereka.

Dilaporkan, portal tuntutan itu boleh diakses melalui platform claims.ftx.com dan interface penggunanya telah dipermudahkan dalam satu halaman untuk membenarkan sesiapa sahaja dapat menavigasi platform tersebut secara mudah.

Portal tersebut turut membolehkan bekas pengguna FTX mengakses maklumat akaun mereka dan sebagainya, jadi di sini dapat dilihat bahawa penggunanya mula yakin semula daripada kebimbangan yang tercetus disebabkan keruntuhan FTX.

Namun, proses pendaftaran tuntutan aset digital melibatkan lima langkah penting mesti dipenuhi, antaranya adalah beberapa pengesahan seperti maklumat akaun, baki maklumat akaun, Know Your Customer (KYC) dan semakan baki akaun pada 11 November 2022.

Memang tidak dinafikan krisis FTX telah memberi kesan negatif kepada pelabur runcit dan institusi sehingga akibatkan Genesis turut muflis, tetapi tuntutan dilaksanakannya itu sama sekali dapat membantu ramai orang.

Pada masa ini, pengurusan FTX berada di bawah pimpinan John Ray ll yang merancang untuk melancarkan semula platform dagangan antarabangsa digelar FTX2.0.

Walaupun rancangan itu mencetuskan keraguan di kalangan pelabur semasa mula-mula diumumkan, beberapa langkah diambil oleh Ray sejak beberapa minggu lalu telah menghantar isyarat positif kepada komuniti kripto.

Suka dimaklumkan bahawa pelancaran portal tuntutan itu adalah salah satu langkah besar yang dapat memacukan semula prestasi FTX.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat