FTX Mahu Luaskan Pasaran Di Asia Melalui Pembelian Platform Kripto Terbesar Jepun ‘Liquid’!

314

Syarikat pertukaran mata wang kripto, FTX telah mengumumkan langkahnya untuk membeli platform pertukaran kripto Jepun, Liquid Group bagi meluaskan lagi pengaruhnya di Asia.

CEO FTX, Sam Bank-Fried melihat persaingan industri kripto di Asia sangat tinggi dan mahu mengambil peluang ini untuk meluaskan lagi pengaruhnya.

Buat masa sekarang, FTX berusaha untuk dapatkan beberapa lesen di beberapa buah negara sebagai langkah pertama untuk memajukan penggunaan platformnya.

FTX juga akui pihak mereka bersetuju untuk membeli Liquid, bersama-sama subsidiari operasinya termasuk Quoine Corporation dan subsidiarinya yang berpangkalan di Singapura.

Sebagai rekod, Quoine marupakan bursa kripto pertama yang berdaftar dengan Financial Services Agency Jepun.

Manakala Liquid pula telah berada di pasaran sejak 2014. CNBC pernah melaporkan Liquid sebagai salah satu bursa kripto terbesar di dunia dengan rekod dagangan harian mencecah lebih $70 juta!

Hubungan antara Liquid dan FTX juga sudah dikenali umum. Ketika Liquid digodam, melibatkan kecurian bernilai $100 juta pada Ogos 2021, FTX telah menyumbangkan $120 juta sebagai dana hutang.

Menariknya lagi, Fried berharap dapat memiliki Goldman Sachs dan CME Group jika FTX berjaya menyaingi populariti Coinbase dan Binance.

Koin natif FTX – FTT mencatatkan nilai dagangan $42.31, susut lebih 5% dalam 24 jam ketika penulisan artikel ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat