FUD Dari China – Pasaran Kripto Semakin ‘Tertekan’

835

Kerajaan China telah meneruskan usaha mereka untuk menidakkan penerimaan dan penggunaan aset kripto di negara China. Langkah terkini yang diambil oleh pemerintah adalah dengan menyebarkan maklumat mengenai risiko yang terkait dengan kripto.

Dalam taklimat media baru-baru ini, timbalan pengarah Biro Perlindungan Hak Pengguna Kewangan Bank Rakyat China (PBoC), Yin Youping, menyatakan bahawa aset kripto tidak lain hanyalah sekadar spekulasi pelaburan.

Beliau mengingatkan agar para pelabur kripto untuk melindungi ‘duit poket sendiri’ dengan menjauhkan diri dari sebarang transaksi yang berkaitan dengan kripto dan dalam masa yang sama memberi kesedaran mengenai risiko yang berkaitan pelaburan kripto.

Katanya, “kami mengingatkan orang ramai sekali lagi bahawa aset kripto seperti Bitcoh bukanlah tender yang sah dan tidak mempunyai sokongan nilai yang sebenarnya.

Youping memberi maklumat bahawa PBoC mengambil langkah rastik dalam memastikan bahawa operasi perdagangan kripto dapat dihentikan. PBoC dengan kerjasama para pengawal selia atas telah melakukan usaha mengesan bursa pertukaran kripto luar negeri dan domestik dan dalam masa yang sama menghapus laman sesawang perdagangan, aplikasi dan saluran korporat yang terkait dengan kripto.

PBoC juga merancang untuk memperhebatkan ‘pemasaran’ mengenai polisi dan langkah mereka dalam menekan pasaran kripto.

Youping selanjutnya menyatakan bahawa bank pusat akan mula memperkenalkan sistem yang akan menjadi pemudah cara tindakan keras terhadap operasi yang berkaitan dengan kripto, mendorong masyarakat umum untuk melaporkan sebarang kegiatan tersebut dengan segera.

Meneruskan sejarah FUD yang panjang, bank pusat negara itu memberi mandat kepada semua syarikat perkhidmatan perbankan dan kewangan di China untuk berhenti menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan institusi dan individu yang berkaitan kripto atau mereka berisiko berhadapan dengan pembatalan lesen.

China, yang dahulunya merupakan rumah bagi lebih daripada separuh komuniti perlombongan bitcoin dunia, kini  tidak lagi.

Harga BTC setakat ini didagangkan pada $47,599.95 seunit, jauh 5.3% daripada paras tertinggi 7 hari berikutan sentimen negatif dan penolakan paras halangan pada $50,000.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat