FUD Pasaran Kripto Kembali Lagi? Binance Beri Indikasi Terdapat Penangguhan Dalam Laporan Audit Menyeluruh!

116

Audit penuh Binance terhadap aset dan liabiliti kriptonya dijangka akan mengambil lebih banyak masa untuk dilaksanakan, lapor ketua Asia-Pasifik Binance Leon Foong pada hari Rabu.

Audit penuh Binance masih belum selesai walaupun terdapat permintaan untuk lebih ketelusan berikutan kejatuhan pertukaran kripto FTX. Selain itu, laporan bukti rizab Binance sebelum ini oleh firma pengauditan Mazars telah dipadamkan selepas firma itu menggantung kerja untuk firma kripto.

Ketua Asia Pasifik Binance Leon Foong mengakui bahawa syarikat itu memerlukan lebih banyak masa untuk mengeluarkan audit penuh aset dan liabiliti kriptonya, berdasarkan laporan terbaru.

Bursa kripto masih mencari untuk mengupah firma pengauditan terkemuka untuk mengaudit keseluruhan kunci kira-kiranya. Walau bagaimanapun, syarikat pengauditan besar masih meneliti terhadap pasaran kripto dan firma pengauditan lain keberatan untuk bekerja dengan firma kripto kerana peningkatan penelitian oleh pengawal selia.

“Ia akan mengambil masa yang lebih lama berikutan ia berbeza dengan pasaran traditional kerana terdapat keluk pembelajaran.”

Binance sebagai pertukaran kripto terbesar dalam jumlah dagangan menghadapi tekanan hebat daripada komuniti untuk meningkatkan ketelusan berikutan krisis FTX. Kumpulan Mazars mengeluarkan laporan bukti rizab Binance pada bulan Disember, tetapi menggantung perkhidmatannya untuk firma kripto dan memadamkan laporan itu kerana peningkatan penelitian.

Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng “CZ” Zhao berhujah audit kripto adalah mencabar. Sementara itu, penyata tahunan Coinbase tersenarai Nasdaq oleh firma audit terkemuka Deloitte menunjukkan pertukaran kripto yang besar boleh diaudit.

Pada bulan Disember, data Glassnode mendedahkan laporan pegangan Bitcoin oleh Binance dalam PoR yang dilaporkan sendiri adalah berbeza daripada yang sebenar. Selain itu, Binance mengakui tersilap menyimpan cagaran untuk beberapa tokennya dalam dompet yang sama dengan dana pelanggan bursa. Bursa pertukaran sedang berusaha untuk membetulkan ralat dengan cepat.

Sementara firma kripto lain mengurangkan tenaga kerja mereka, Binance pula disisi berkembang secara global. Baru-baru ini, Binance memperoleh bursa kripto GOPAX Korea Selatan untuk memasuki semula pasaran selepas dua tahun. Lebih-lebih lagi, Binance memberi tumpuan untuk menjadi lebih cekap, meningkatkan bilangan pekerja, dan mengenal pasti bidang yang memerlukan penstrukturan semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat