Fuh! Emas Terselamat Dari Jatuh Lebih Rendah

3,721

Penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC telah mengekang dagangan emas daripada merosot lebih rendah dan mendorong penyusutan US dolar.

Menurut minit mesyuarat yang dikeluarkan awal pagi tadi, Federal Reserve (Fed) memberitahu bahawa inflasi yang jauh melebihi sasaran jangka panjang bank pusat 2% terus memberi kesan kepada aktiviti ekonomi.

Susulan daripada itu, Fed terus mengulangi pendiriannya untuk tindakan dasar monetari yang lebih agresif dengan menyifatkan kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat akan datang adalah sesuai dilaksanakan.

Pasaran emas nampaknya mengambil sikap hawkish Fed dengan tenang untuk mempertahankan kedudukannya di sekitar paras harga $1,850 pada sesi Asia.

Kenyataan berwaspada Fed mengenai inflasi akan terus menjadi ancaman kepada ekonomi, sedikit sebanyak memberi sokongan buat emas.

Sebelum itu, emas telah merosot dari paras ketinggian dua minggu yang dicapai pada Selasa disebabkan kebangkitan US dolar. Namun, selepas minit FOMC diterbitkan logam kuning itu kembali mendapat sokongan pelabur untuk meningkat semula.

Pelabur kini menantikan penerbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS untuk suku pertama 2020 bagi menentukan pergerakan emas dan dolar greenback menjelang penghujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat