Fuh! Giliran Bank Singapura Pula Terjebak Dengan Matawang Kripto!

1,159

DBS, bank runcit dan komersial terbesar di Singapura, nampaknya memasuki ruang matawang kripto dengan tiga penawaran baru.

Menurut maklumat yang yang dikemukakan, DBS melancarkan perdagangan dan kawalselia matawang kripto serta platform untuk menjalankan penawaran token keselamatan. Selain itu, bank tersebut juga didakwa bakal melancarkan DBS Digital Exchange yang akan menyokong 5 matawang kripto utama iaitu Bitcoin (BTC), Ether (ETH), XRP, Bitcoin Cash (BCH) dan Ethereum Classic (ETC ).

Di samping itu, matawang fiat yang disokong merangkumi dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura, dolar Hong Kong dan yen Jepun.

Namun begitu, DBS Digital Exchange tidak akan menyimpan sebarang aset itu sendiri, sebaliknya, semua aset digital disimpan di DBS Bank, yang akan dikendalikan oleh perkhidmatan kawalselianya.

Tambahan daripada itu, platform tersebut turut membolehkan perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat besar mengeluarkan token keselamatan.

Sementara itu, sebagai syarikat yang dikawal selia oleh Monetary Authority of Singapore, DBS menyatakan bahawa perkhidmatan kripto yang akan datang akan menawarkan kelebihan yang berbeza seperti jaminan keselamatan bertaraf institusi.

Tambahnya lagi, platform pertukaran yang disokong oleh bank tersebut akan mempraktikkan langkah-langkah yang tegas bagi mencegah kegiatan penipuan dan mematuhi peraturan Anti-Money Laundering and Counter Terrorist Financing.

Walau bagaimanapun, DBS tidak mahu mengemukakan apa-apa maklum balas berhubung isu tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat