Fuh! Orang Ramai Dapat Terbitkan Meme Dalam Bentuk Kripto Dan Jana Pendapatan!

825

Meme.com yang merupakan satu platform yang bakal mengumpulkan para pencipta meme dan membolehkan mereka berkongsi karya mereka, kini akan bergabung dalam industri kripto. Platform ini akan diadakan di Polkastarter dan menggunakan blockchain Polygon.

IDO akan diadakan pada 15 Jun di platform Polkastarter, akan menawarkan 1,250,000 kripto $MEM (Memecoin) dan mengharapkan dapat mengumpul 500,000 USDC. Langkah seterusnya MEM akan disenaraikan di QuickSwap pada 15 Jun. Dengan penggunaan Polygon, para penyumbang IDO dapat menikmati transaksi pada kos yang hampir percuma.

Projek Meme.com menggunakan crypto dan hiburan untuk memberikan nilai kepada mereka yang ingin menggunakannya. Pengguna dapat menerbit token mToken yang mewakili meme internet dan menjana pendapatan melaluinya.

Dengan Meme.com, ia akan membolehkan orang ramai mempersembahkan karya mereka dan menjana pendapatan. Bagi mereka yang dapat mencipta meme terbaik akan menerima hadiah istimewa dalam bentuk NFT. Secara ringkas Meme.com adalah tempat di mana orang ramai dapat meneroka meme dan trend yang berbeza di internet dan dalam masa yang sama mereka dapat menjana pendapat melalui hasil karya mereka.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, komuniti pelaburan telah menyaksikan ledakan populariti NFT. Sehingga akhir bulan Mac, para pelabur telah melabur sekitar $ 90 juta ke dalam NFT dan syarikat NFT. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan NFT meningkat menjadi $ 250 juta. Begitu juga dengan harga meme kripto Dogecoin melonjak tinggi dan mendapat sokongan daripada CEO Tesla Elon Musk.

Justeru atas sebab-sebab ini, beberapa pakar industri mengatakan bahawa kita sekarang sedang menuju ke era meme pelaburan. Menariknya, pengasas projek Meme.com menggambarkan platform mereka seolah-olah bayi kepada Doge dan Wikipedia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat