Fuh! Pasar NFT Coinbase Bakal Hadir Di Pasaran Tidak Lama Lagi!

233

Coinbase baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan pasaran NFTnya dalam masa terdekat. Pada hari ini, akaun Twitter yang bernama Coinbase NFT menyiarkan satu kenyataan di akaun Twitter rasminya bahawa Coinbase telah bertemu dengan lebih daripada 100 pencipta kandungan untuk mengusahakan pelancaran pasaran NFT baharu mereka.

Walaubagaimanapun, setakat ini, tiada tarikh jelas mengenai pelancaran rasmi. Apa yang jelas ialah pasaran itu akan dilancarkan dalam masa terdekat dan akan menampilkan beberapa alat dan inovasi yang tidak ditawarkan oleh pesaing.

Menurut Coinbase, yang menjadi keunikan pasaran NFT mereka dengan pesaing lain ialah ciri-ciri “fungsi sosial” baharu yang dimana Coinbase membolehkan adanya interaksi antara artis dan pengguna. Bukan itu sahaja pengguna dapat mewujudkan komuniti untuk mengembangkan pengaruh artis/pencipta.

Brian Armstrong, Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase, baru-baru ini berkata bahawa pasaran NFT memiliki kemungkinan untuk mengatasi mata wang kripto. Atas dasar itu, Coinbase memandang serius dalam mengembangkan pasaran yang menawarkan pengalaman yang lebih baik dalam NFT seperti rangkaian sosial Instagram atau Facebook.

Coinbase NFT telah pun menerima lebih daripada 2.5 juta pendaftaran daripada pengguna dalam senarai menunggu untuk menyertai platform, hanya 5 bulan selepas ia diumumkan.

Disisi lain, menurut statistik DappRadar, OpenSea, pesaing terbesar Coinbase NFT, telah menyaksikan penurunan sebanyak 15% dalam tempoh 30 hari yang lalu. Jumlah dagangan menurun sebanyak 42.65%. Jadi, walaupun Coinbase belum lagi mengumumkan tarikh khusus untuk pelancaran platform NFT baharu, kemungkinan besar sebaik sahaja ia dilancarkan, ia akan menarik ramai artis dan pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat