Fuh! Pasaraya Terbesar Thailand Dah Mula Gunakan Kripto Sebagai Alat Transaksi?

1,878

Syarikat gergasi runcit Thailand, Central Retail Corp mengesahkan perinis untuk aset kripto mereke ‘C-Coin’, yang boleh digunakan sebagai ganti matawang fiat. C-Coin boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai makan dan kedai rakan kongsi Central baik untuk membeli produk mahupun perkhidmatan.

Walaupun perintis token asli pada masa ini terhad kepada pekerja Central Retail, organisasi itu bercadang untuk memperluaskan tawaran kepada pelanggan juga. C-Coin merupakan aset kripto yang dibina di atas rangkaian blockchain dan kini sedang menjalani proses pengedaran dalam kalangan 80,000 pekerja Central di seluruh dunia.

Syarikat tersebut pada masa ini menumpukan pada pelancaran fasa percubaan untuk mendapatkan maklum balas tentang penggunaan dan fungsi token. Hal ini adalah untuk mengembangkan lagi perkhidmatan kepada pelanggannya jika hasil yang didapati adalah memuaskan.

Perkara ini disahkan oleh Kowin Kulruchakorn, ketua pegawai inovatif di Central Tech, unit gergasi runcit yang mencipta C-Coin dan mengendalikan semua saluran Omni dan platform e-dagang CRC. Walaupun begitu, setakat ini Kowin tidak memberikan sebarang butiran mengenai proses pengedaran C-Coin dalam kalangan pelanggannya kelak. Dalam masa yang sama juga tiada maklumat adakah C-Coin akan didagangkan atau tidak.

Melancarkan kripto persendirian secara eksklusif untuk mempromosikan produk dan pemegang francais mungkin menjadi satu lagi peluang yang disajikan dalam pasaran kripto. Pada awal bulan, Mesut Özil juga mengumumkan pelancaran token kripto peribadinya untuk memasarkan lagi jenama pakaiannya, M10Streetwear.

Dengan ini kita dapat melihat perkembangan kripto semakin semakin berleluasa. Ramai pihak cuba mengambil peluang yang disajikan untuk mengembangkan lagi pasaran mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat