Fuh! Pulau Ini Benarkan Segala Traksaksi Dapat Dilakukan Menggunakan Bitcoin!

1,749

Bequia yang merupakan sebuah pulau kecil di kepulauan Caribbean yang hanya berukuran 18 kilometer persegi membuat langkah drastik dengan menjadi komuniti pertama menggunakan Bitcoin sebagai alat transaksi.

Dalam masa terdekat, syarikat pembangunan One Bequia merancang untuk membina 39 vila mewah di sini, yang disebut sebagai “satu-satunya hartanah di Carribbean yang menerima Bitcoin”.

Menurut Storm Gonsalves, ketua projek One Bequia, penerapan penggunaan Bitcoin bukanlah sebuah gimik namun ia adalah bagi membantu masyarakat di pulau Bequia yang saban hari semakin terputus dari kemudahan perbankan.

Dia menjelaskan bahawa pulau kecil sering mendapati diri mereka semakin disihkan dari jaringan antarabangsa. Langkah ini berkemungkin bank-bank besar ingin mengelak risiko. Justeru Gonsalves berpendapat bahawa sekiranya trend ini berterusan, ini bermaksud pualu-pulau kecil pada dasarnya akan terputus dari perdagangan dan perdagangan antarabangsa. Untuk ekonomi berasaskan pelancongan,perkara ini sangat memberi kesan.

Justeru bagi mengelak kejadian seperti ini berlaku, maka ekosistem dimana segala transaksi dapat dibayar dengan Bitcoin terpkasa di wujudkan kerana urus niaga kripto tidak memerlukan perkhidmatan perbankan dan bergantung sepenuhnya pada sambungan Internet.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat