Fuh! Rumah Gulfport Ini Bakal Jadi Rumah Pertama Di Jual Dalam Bentuk NFT!

560

Pada 8 Februari 2022, dikhabarkan bahawa sebuah rumah di Gulfport akan dilelong dalam bentuk NFT menurut pemilik rumah Leslie Alessandra.

Pemilik rumah tersebut telah melaporkan kepada akhbar hartanah bahawa ia akan menjadi jualan hartanah pertama di A.S yang akan dilelong dalam bentu NFT,

Untuk merealisasikan penjualan tersebut, Alessandra telah menjalinkan kerjsama dengan syarikat bernama Propy. Propy adalah sebuat syarikat yang pernah menjual sebuah flat Michael Arrington di Kiev melalui token. Pangsapuri pengasas Techcrunch Michael Arrington itu dijual pada 2017 dalam salah satu perjanjian hartanah yang menggunakan blockchain.

Alessandra yang turut merupakan pengasas Tampa Bay blockchain dan pelabur hartanah menegaskan bahawa NFT membolehkan proses transaksi dapat dilakukan seperti penggunaan Venmo. Menurut laporan itu, NFT tersebut juga akan menampilkan mural yang dihasilkan oleh artis tempatan Derek Donnelly, atau dikenali sebagai ‘Saint Paint.’

Disisi yang berbeza, terdapat projek lain yang hampir serupa, dikenali sebagai projek One DAO. Projek ini merancang untuk memanfaatkan desentralisasi autonomi untuk membeli rumah terkenal yang digelar The One Bel Air.

Walaupun rumah Gulfport di Florida hanya $650,000, The One Bel Air bermula dengan harga permintaan yang ketara sebanyak $295 juta.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat