Fuh! Shiba Inu Dah Lancarkan Portal Pembakaran Token, Ini Perkara Perlu Diketahui!

1,456

Matawang kripto meme kedua terbesar di dunia, Shiba Inu akhirnya telah melancarkan ‘Burn Portal’ yang seperti dijangkakan pada minggu lalu. Menurut ‘developers’, lebih 8 bilion token Shiba Inu dibakar dalam tempoh 24 jam sejak pelancaran portal tersebut. Langkah itu hadir berikutan Shiba Inu berusaha untuk melancarkan metaverse sendiri dan menawarkan hartanah dunia maya untuk para pelabur.

Burn Portal, yang dilancarkan pada hari Sabtu telah memindahkan token Shib ke ‘dead wallet’ untuk dibakar. Berdasarkan laporan, dalam usaha untuk mengecilkan peredaran token, pemegang Shib membakar 1 bilion.

Walaupun langkah ini dilihat sebagai satu yang optimis dalam kalangan pemain pasaran kerana menjangkakan ia akan mendorong lonjakan harga untuk Shib, namun sayangnya harga Shiba Inu  masih didagangkan pada paras rendah. Shiba Inu Token didagangkan pada harga purata $ 0.000022 turun lebih dari 7% dalam tempoh 24 jam terakhir. Walau bagaimanapun, jumlah dagangan telah meningkat sebanyak 80% atau sebanyak $ 530.5 juta dalam tempoh 24 jam.

Dalam laporan yang sama, para pembangun Shib mempunyai rancangan masa depan untuk menggabungkan Shibaswap v2.0, Shibarium dan metaverse secara bersama -sama. Ciri pembakaran baru akan mengaktifkan pembakaran secara sendiri bagi mengurangkan bekalan token. Dijangka sebanyak 100 trilion token akan dibakar pada setiap tahun.

Pada minggu lalu, Shiba Inu telah membuka jualan awal untuk hartanah mayanya buat pengguna. Acara bidaan yang terakhir membolehkan setiap pengguna untuk membeli hartanah maya dengan bermula sebanyak 0.2 Ethereum (ETH). Sementara itu, harga Shiba Inu telah menjunam lebih dari 5% dalam 7 hari yang lalu.

Shiba Inu telah menjadi antara token rebutan dalam kalangan golongan ikan paus Ethereum. Kelompok ikan paus telah menambah pegangan token Shiba Inu secara pukal ke dompet mereka. Berdasarkan data, Shiba Inu adalah antara token yang menduduki 10 carta teratas yang dibeli kalangan kelompok ikan paus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat