Fuh! Tak Sempat Brek, Emas Turun Laju

4,556

Harga emas menjunam rendah walaupun data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat menunjukkan bacaan yang kukuh pada bulan November, didorong jatuh oleh kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat FOMC.

Harga pengeluar AS yang pada mulanya diramalkan menurun kepada 0.5% daripada 0.6%, memaparkan peningkatan lebih tinggi kepada 0.8% pada bulan lalu. Secara tahunan pula, PPI meningkat ke tahap tertinggi sejak 2011 kepada 9.6%, lebih kuat dari jangkaan pasaran untuk kenaikan 9.2%.

Sebaik sahaja data diterbitkan pada sesi New York, harga emas jatuh mendadak ke paras terendah $1,766 per auns sebelum kembali diniagakan di sekitar harga $1,772 per auns pada sesi Asia hari ini.

Emas biasanya mendapat keuntungan daripada data inflasi yang kuat kerana ia dianggap sebagai lindung nilai inflasi, tetapi dalam konteks ini logam kuning itu mengalami kerugian berikutan jangkaan pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed).

Bacaan yang memberangsangkan data tersebut telah meningkatkan lagi keyakinan pasaran untuk Fed mempercepatkan pengurangan pembelian asetnya dan membuka jalan kepada kenaikan kadar faedah lebih awal dari dijangkakan.

Data PPI yang tinggi turut memacu lonjakan dagangan US dolar, menyebabkan logam berharga emas susut rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat