Fuhh Dahsyat GOLD Terjun Sampai 700 Pips!

1,072

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar semalam menyaksikan pergerakan drastik dengan harga menjunam lebih 700 pips sebelum membuat kenaikan perlahan sehingga sesi New York berakhir.

Harga menjunam dari paras 1954.00 iaitu pada zon SBR (support become resistance) sehingga mencecah paras terendah 1882.50. Paras tersebut juga adalah yang terendah dalam tempoh 6 minggu.

Walaupun penurunan berjaya menembusi zon support harga 1900.00, namun harga kembali menutup dagangan sesi New York di atas paras tersebut semula. Harga kekal bergerak di bawah paras 1920.00 pada sesi Asia pagi ini sebelum paparkan tanda-tanda untuk meneruskan penurunan lebih rendah.

Faktor utama yang mendorong penyusutan harga emas adalah berikutan pengukuhan ketara US dolar dalam pasaran sehingga mengatasi hampir kesemua matawang utama yang lain.

Ini adalah berikutan permintaan meningkat terhadap US dolar susulan gelombang kedua pandemik Coronavirus di Eropah. Pengukuhan ketara US dolar turut menenggelamkan emas sebagai aset safe-haven.

Penurunan pada sesi Eropah dilihat menguji paras 1900.00 untuk kembali meneruskan penurunan lebih rendah.

Destinasi penurunan seterusnya dijangkakan menuju zon support pada 1870.00 yang diuji pada dagangan Ogos lalu.

Namun jika harga kembali melonjak semula, paras 1938.00 pada zon SBR (support become resistance) akan menjadi tumpuan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat