Fuhh, Sampai Macam Ni Pergerakan Aset Berisiko Selepas FOMC!

273

Keputusan minit mesyuarat FOMC tampak menyebelahi pelabur, seterusnya memacu penutupan positif pada saham Wall Street.

Meneliti minit, terdapat ‘majoriti besar’ penggubal dasar bersetuju mengenai ‘kemungkinan tidak lama lagi’ untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah cukup menceriakan pelabur.

Ulas pengarah urusan Wedbush Securities, Michael James, apa yang diharapkan pelabur selepas mesyuarat November terpahat pada minit yang dikeluarkan tersebut.

Umumnya Federal Reserve (Fed) telah melaksanakan kenaikan kadar secara agresif untuk beberapa mesyuarat lepas dalam usaha mengawal inflasi yang memuncak setinggi 40 tahun.

Namun, berdasarkan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang memperlihat keberkesanan usaha Fed tersebut maka pelabur menaruh harapan bahawa dasar pengetatan boleh diperlahankan sedikit.

Rentetan itu, Dow Jones Industrial naik 0.28% pada 34,194.06 sementara S&P 500 tambah 0.59% pada 4,027.26 dan Nasdaq Composite canak 0.99% pada 11,285.32.

Di zon Asia pula menyaksikan Kospi Korea Selatan naik 0.56%, S&P/ASX 200 Australia canak 0.35%, Nikkei 225 Jepun tambah 1.34% dan Topix lonjak 1.29%.

Turut menjadi faktor lonjakan pada ekuiti adalah pergerakan suram dolar selepas terbitan data tuntutan pengangguran AS yang meningkat di sebalik penguncupan aktiviti perniagaan di AS untuk 5 bulan.

Terang pengurus portfolio Anson Funds, Moez Kassam bahawa data baharu semalam dilihat memberi sinar kepada pelabur selepas beberapa ketika sebelum ini hanya menanti ditepi ekoran minit FOMC.

Sungguhpun begitu, volum dagangan semalaman AS agak rendah dengan terdapat sambutan Hari Kesyukuran pada hari ini dan pasaran Wall Street dikatakan akan buka separuh hari pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat