Fundamental Aussie & N.Zealand Dolar Berbanding USD Pada Rabu

51

Kejatuhan Aussie hari ini telah memadam kenaikan pada Selasa yang menunjukkan pemain pasaran meragui unjuran ekonomi oleh RBA (Bank Pusat Australia) sebelum ini. Biro Statistik Australia menunjukkan ekonomi berkembang 2.8% sepanjang tahun ini yang mana unjuran RBA adalah 3.0%.

Aussie dan New Zealand dolar didagang bercampur pada awal Rabu di mana kedua-dua matawang mendapat kesan daripada berita domestik. AUD/USD setakat pukul 3.29 petang didagangkan di sekitar 0.7582 jatuh 20 pip dari harga pembukaan pada Rabu. NZD/USD pula berada di sekitar 0.6912 naik 40 pip setakat ini.

Kenyataan polisi RBA pada Selasa telah membawa AUD/USD ke paras tertinggi sejak 13 November yang disebabkan keyakinan terhadap unjuran bank pusat.

Aussie berada di bawah tekanan selepas data pertumbuhan (GDP) meleset daripada jangkaan. Pertumbuhan suku ketiga naik 0.6% susut daripada 0.9% sebelum ini dengan jangkaan pasaran adalah kenaikan 0.7%. AUD/USD pada mulanya melonjak ke atas hasil reaksi daripada data kajian semula sebelum ini yang dinaikkan dari 0.8% kepada 0.9%. Namun, menjunam semula dengan data sebenar suku ketiga yang meleset daripada jangkaan.

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah 1.50% pada Selasa. Dalam kenyataan polisi, RBA menjangka ekonomi bertumbuh pada kadar purata 3% beberapa tahun akan datang dengan kemajuan dari segi pelaburan perniagaan sektor bukan perlombongan.

NZD/USD pula dibantu oleh pemulihan data indeks GDT. Indeks ini meningkat 0.4% iaitu kenaikan pertama sejak 19 September. Walaupun fokus Aussie dan Kiwi adalah kepada data domestik, laporan data oleh Amerika Syarikat akan memaksa kedua-dua pasangan matawang itu bergerak.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat