Fundamental Dolar Kanada: Kaitan Harga Minyak Dan NAFTA Kepada Dolar Kanada

530

Ada yang bertanya tentang apakah kaitan USD dan CAD (Dolar Kanada)? Dia bukan lah kaitan USD dan CAD, tetapi lebih kepada apakah kaitan ekonomi yang boleh menyebabkan pergerakan pasangan matawang USD/CAD.

Ketika ini CAD lebih banyak digerakkan oleh faktor ekonomi US berbanding USD digerakkan oleh ekonomi Kanada. Sebabnya? Kanada lebih byk bergantung kepada ekonomi US di mana Kanada banyak mengeksport hasil ekonominya ke Amerika Syarikat khususnya minyak.

Sebab itu bila harga minyak mentah jatuh, menyebabkan kenaikan USD/CAD seperti yang berlaku pasa Selasa di mana kita lihat kenaikan pasangan matawang ini disebabkan kejatuhan harga minyak berikutan ribut Harvey di Texas yang menyebabkan banyak kilang penapisan minyak terpaksa ditutup.

Jadi, kenapa harga minyak jatuh menyebabkan kenaikan USD/CAD?

Minyak murah = sedikit USD yang diperlukan untuk beli minyak dari Kanada.

Oleh itu, sedikit aliran masuk USD ke Kanada = Kurangnya penawaran USD untuk beli CAD bila harga minyak murah.

Minyak mahal = lebih banyak USD diperlukan untuk beli minyak dari Kanada. Lebih banyak USD diperlukan untuk beli CAD bila harga minyak mahal.

Oleh itu, lebih banyak aliran masuk USD ke Kanada = Banyaknya penawaran USD untuk beli CAD bila harga minyak mahal.

Selain itu, perjanjian perdagangan NAFTA (Perjanjian perdagangan bebas Amerika Utara) antara US, Kanada dan Mexico juga memberi kesan kepada pergerakan matawang CAD selain daripada harga minyak mentah dunia. Di mana ini juga menjadi sentimen yang menyelubungi ekonomi Kanada.

Sebelum ini Trump mengancam untuk menamatkan perjanjian ini dan menyebabkan kejatuhan CAD.

Kenapa CAD jatuh kalau US tarik diri dari NAFTA?

Sebabnya ia adalah perjanjian perdagangan bebas yang memudahkan perdagangan antara US dan Kanada sejak bertahun lamanya.

Jadi, jika NAFTA ditamatkan. Ini memerlukan Kanada utk membayar cukai eksport yg lebih banyak kepada US.

Setakat ini NAFTA masih dalam rundingan. Sebarang berita untuk NAFTA akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat