Fuyyo! Bukan Biasa-biasa Afrika Selatan Ni!

305

Syarikat farmasi Afrika Selatan, Aspen Pharmacare mendedahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan awal dengan Johnson & Johnson untuk secara komersial mengeluarkan calon vaksin Covid-19.

Selain itu, syarikat pembuat ubat terbesar di negara itu mengatakan bahawa mereka telah bersetuju untuk menyediakan kapasiti yang diperlukan untuk pembuatan calon vaksin J&J, yang masih dalam ujian klinikal, di Port Elizabeth.

Berdasarkan perjanjian tersebut, Aspen akan memainkan peranan untuk melakukan rumusan, pengisian dan pembungkusan sekunder vaksin untuk syarikat AS.

Sehubungan dengan itu, saham Aspen didakwa telah mencatatkan peningkatan lebih dari 4% di Bursa Saham Johannesburg.

Di samping itu, lebih dari $184.2 juta telah dilaburkan oleh syarikat berkenaan di kemudahan Port Elizabeth. Tambahan daripada itu, lokasi pengeluaran calon vaksin didakwa mempunyai kemampuan untuk menghasilkan lebih dari 300 juta dos setahun.

Untuk pengetahuan semua, Afrika Selatan telah mencatatkan lebih daripada 726,000 kes jangkitan coronavirus, iaitu jumlah tertinggi di benua Afrika, dengan lebih daripada 19,400 angka kematian yang dilaporkan.

Seterusnya, negara tersebut dikhabarkan telah menjalakan sekurang-kurangnya 4 ujian klinikal vaksin Covid-19 yang berpotensi, termasuk calon J&J.

Sementara itu, perjanjian antara Aspen dan J&J bergantung kepada aktiviti pemindahan teknologi dan syarat komersial tertentu.

Pada bulan lalu, Institut Biovac Afrika Selatan iaitu usaha sama antara kerajaan dan sektor swasta telah mengadakan perbincangan untuk menghasilkan beberapa vaksin yang diperlukan oleh negara berkenaan untuk perlindungan daripada Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat