FX Robot : Scammer Atau Pembantu Trader?

1,378

Setiap forex trader pasti mengimpikan keuntungan yang berlipat kali ganda sehingga sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk memerhatikan akaun mereka. Mungkin anda perlukan bantuan untuk melakukan perkara tersebut.

Dengan kemajuan teknologi zaman kini, pelbagai peralatan dan medium yang disediakan untuk memudahkan kehidupan anda. Adakah anda tahu tentang kewujudan robot forex trading? Apakah fungsinya? Adakah ianya benar-benar membantu forex trader?

Robot forex trading adalah sistem perdagangan automatik yang direka khas berdasarkan isyarat perdagangan yang dapat membantu dalam memasuki sesi dagangan pada waktu yang tepat tanpa campur tangan manusia. Ianya boleh didapati oleh semua trader melalui pembelian atas talian.

Apakah kebaikan robot berkenaan?

Robot Forex dicipta untuk menghapuskan elemen psikologi yang dapat mengakibatkan kerugian dalam trading. Ia hanya akan membuka sesi dagangan pada masa yang tepat secara automatik.

Selain itu, robot tersebut mampu untuk mengimbas dan membaca carta sekaligus sedangkan manusia tidak mampu untuk berbuat demikian. Seterusnya, kemudahan ini dapat mencadangkan dagangan yang paling menguntungkan walaupun situasi pasaran tidak stabil atau kurang jelas.

Apakah pula keburukan FX Robot?

Masalah yang didapati bukanlah datang daripada robot tersebut tetapi para penjualnya. Mereka akan menjanjikan perdagangan yang bermanfaat sepanjang masa buat para pelanggan sebaliknya, dagangan tersebut adalah satu penipuan yang dirancang lalu mengakibatkan kerugian kepada forex trader.

Oleh itu, anda perlu meneliti setiap testimonial dan menyemak ulasan yang berkaitan sebelum memutuskan untuk membeli robot berkenaan.

Jika anda telah membeli robot yang terbaik, tidak semestinya anda boleh goyang kaki! Kemajuan teknologi robot harus dilengkapi dengan penyelidikan dan pemerhatian daripada forex trader.

Di samping itu, ianya merupakan sistem automatik forex yang diprogramkan hanya untuk situasi pasaran tertentu. Oleh itu, forex trader perlu untuk memainkan peranan untuk memantau pasaran yang penuh dengan kejutan dan boleh berubah secara drastik.

Kesimpulannya, penggunaan robot ini dapat meningkatkan prestasi dagangan akan tetapi, forex trader tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kemudahan tersebut! Jadi, tepuk dada, tanya selera!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat