G-20 Dijangka Membincangkan Perubahan Polisi Percukaian Amerika Syarikat

63

Perancangan tindakan perubahan polisi percukaian AS akan didebatkan oleh menteri-menteri G20 dan wakil bank pusat dalam mesyuarat mereka di Jerman minggu ini, seperti yang dikatakan oleh pihak kerajaan Jerman pada Isnin.

“Tiada sebab untuk pesimis tentang hubungan bersama Amerika Syarikat– tetapi perlunya perbincangan tentang polisi percukaian mereka.”

Sejak beberapa minggu lalu, pasaran masih menunggu pengumuman Trump tentang polisi ini di mana beliau telah berjanji mengumumkannya dalam tempoh ini.

G-20 adalah forum antarabangsa untuk kerajaan dan Gabenor bank pusat dari 20 negara termasuk China, Amerika dan Indonesia. Pasaran akan memberi perhatian kepada mesyuarat ini di mana tumpuan forum kali ini kepada polisi ekonomi Amerika Syarikat.

Pihak Jerman mahu mesyuarat 17-18 Mac yang diadakan di Baden-Baden itu, memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi, berhadapan dengan cabaran digital dan membantu negara-negara Afrika

Sebelum ini Ketua Ekonomi IMF (International Monetary Fund, IMF), Obstfeld menyatakan tindakan AS dalam perubahan percukaian mereka yang labih menyokong eksport berbanding import boleh menyebabkan kesan ‘spillover’ (spillover effects) kepada negara lain kerana ia akan menguatkan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat