G-7 VS G-20 : Apakah Perbezaan Dua Kumpulan Penting Ini Kepada Dunia?

1,113

Sering kita mendengar kumpulan-kumpulan organsasi yang terbentuk di seluruh dunia, namun jarang sekali kita mengambil tahu berkenaan dua kumpulan negara yang sudah lama terbentuk dikenali sebagai Group of 7 (G-7) dan Group of 20 (G-70).

Hakikatnya, kedua-dua kumpulan ini memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi dunia. Apakah negara yang menganggotainya? Adakah kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama?

Group of 7 atau lebih dikenali sebagai G-7 ialah sebuah forum yang dikendalikan oleh 7 buah negara ekonomi membangun iaitu Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.

Ketua-ketua kerajaan akan mengadakan perjumpaan tahunan bagi membincangkan berkaitan ekonomi antarabangsa dan isu monetari. Perjumpaan tersebut akan diadakan di setiap negara anggota secara bergilir-gilir.

Kesatuan Eropah (EU) kadangkala dianggap sebagai ahli kelapan kumpulan berkenaan kerana ia memegang hak dan tanggungjawab kesemua negara anggota kecuali untuk mempengerusikan dan menjadi tuan rumah perjumpaan.

Tujuan utama G-7 adalah mencari jalanan penyelesaian terhadap masalah global terutamanya isu-isu ekonomi seperti krisis kewangan, sistem kewangan dan krisis utama dunia seperti kekurangan bekalan minyak.

Sebagai contoh, G-7 telah bekerjasama dengan Bank Dunia melancarkan inisiatif bagi 42 buah negara miskin yang dibanjiri hutang (HIPC) pada 1996 manakala inisiatif seterusnya iaitu Inisiatif Bantuan Hutang Multilateral (MDRI) pada tahun 2005 yang bertujuan untuk membatalkan hutang Persatuan Pembangunan Antarabangsa.

Group of 20 atau G-20 pula merupakan sebuah kumpulan yang menghimpunkan menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat daripada 19 buah negara ekonomi terbesar termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan negara G-7. Gabungan ini diberi mandat untuk mempromosikan perkembangan ekonomi dunia, perdagangan antarabangsa dan peraturan pasaran kewangan.

Topik-topik yang dibincangkan oleh kumpulan tersebut menfokuskan kepada kewangan negara anggotanya seperti kelestarian hutang kerajaan dan kestabilan kewangan global seterusnya menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi global, perdagangan antarabangsa dan pengawalseliaan pasaran kewangan.

Pada tahun ini, G-20 telah mengadakan perjumpaan di Osaka, Jepun. Negara tuan rumah tersebut telah mencadangkan beberapa isu untuk dibincangkan iaitu ekonomi global, perdagangan dan pelaburan, inovasi alam sekitar dan tenaga, memperkasakan kaum wanita serta pembangunan dan kesihatan.

Di samping itu, G-20 turut membincangkan tentang undang-undang matawang kripto dan perang dagang Amerika Syarikat dan China yang bagaikan tiada berkesudahan dan menjejaskan kestabilan ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat