G20 Akhirnya Suarakan Pandangan Terhadap Konflik Perdagangan Yang Berlaku

431

Sejak beberapa bulan ini, dapat dilihat bahawa isu pertumbuhan ekonomi global banyak tertumpu pada perhubungan perdagangan. Konflik perdagangan yang tercipta daripada sikap protectionisme beberapa negara telah menyebabkan ia semakin memburuk. Bermula daripada China dan US, kemudian melibatkan zon Eropah dan beberapa negara lain.

Hal ini menyebabkan Group 20 (G20) mendesak agar lebih banyak pertemuan untuk merundingkan hal ini sebagai langkah untuk meredakan ketegangan perdagangan.

Hasill pertemuan dua hari pada minggu yang berakhir 22/7, menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari 20 ekonomi besar dunia telah menyatakan bahawa ketegangan perdagangan dan politik semakin meningkat dan hal ini dapat mengancam pertumbuhan ekonomi.

Sebuah pernyataan akhir, G20 telah menekankan bahawa perlunya peningkatan dialog dan tindakan pengurusan risiko termasuk memperkuatkan keyakinan pasaran di tengah konflik perang perdagangan global yang semakin memuncak.

Walaubagaimanapun pernyataan tersebut telah dikeluarkan tanpa menunding jari pada mana-mana pihak. Hasil pernytaan rasmi itu dikeluarkan sebagai respon isu ketika ini.

Namun, menteri kewangan US, Steven Mnuchin telah menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan polisi US setakat ini hanya memberi kesan pada tataran mikro. Belum ada kesan signifikan terhadap makro. Tambahan pula tindakan yang dilakukan US ialah US menginginkan perdagangan yang seimbang dan adil dengan negara-negara lain.

Sebagai solusi, menteri Ekonomi Argentina, Nicolas Dujovne mengisyaratkan bahwa G20 sebaik-baiknya berusaha menghindari perpecahan dan seharusnya diselesaikan secara langsung sama ada rundingan antara pemerintah atau melalui Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat