Gabenor Bank of Japan akan mengeluarkan wang helipkoter versi sendiri?

60

Jepun dan Wang Helikopter versi Kuroda

Jangkaan terhadap apa yang berlaku kepada pengumuman dasar kewangan Bank of Japan amat bercampur aduk ekoran muka hadapan akhbar yang saling bercanggah.

Dilihat agak sukar untuk menentukan tahap agresif kerajaan Jepun dalam mengambil tindakan menyokong ekonomi mereka.

Komen terakhir Gabenor BoJ Kuroda, menteri ekonomi Ishihara dan kabinet adalah central bank akan bertindak tidaklah terlalu agresif.

Pada hujung minggu lalu Kuroda berbunyi positif dan berkata Jepun dalam fasa pemulihan berperingkat dan memberitahu perbelanjaan modal adalah sangat baik dengan CPI yang meningkat.

Kuroda juga menyatakan jika adanya wang helikopter yang disediakan, ia adalah berbeza daripada wang helikopter versi Ben Bernanke sebelum ini dan versi Kuroda dilihat bersikap lebih sederhana.

Kabinet Jepun juga menerangkan bahawa ekonomi Jepun sedang mengalami pemulihan yang tersusun dan sederhana manakala menteri kewangan Ishihara selesa dengan pergerakan Yen.

Akhbar Jepun melaporkan pakej perangsang fiskal digandakan sehingga ¥6 trillion, 2 kali ganda berbanding rancangan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat