Gabenor Bank Pusat Kanada Menyebabkan Spike Matawang CAD Semalam?

121

Canadian Dollar menguat berbanding matawang lain pada akhir sesi semalam di mana Gabenor Bank of Canada (Bank pusat) berucap di House of Common. Kurang seminggu lalu, Poloz mengatakan dalam mesyuarat ahli-ahli bank pusat, mereka membincangkan tentang kemungkinan tambahan rangsangan polisi sedia ada yang menyebabkan matawang Kanada itu jatuh.

Dalam ucapannya sebentar tadi yang bermula pukul 3.30 pagi, Poloz mengumumkan strategi terbaik mereka pada masa ini adalah menunggu lagi 18 bulan lagi. Pada mulanya pasaran menganggap pengumuman ini ialah jangka masa bagi BOC meneruskan tambahan kepada rangsangan.

Beliau juga mengatakan ketidaktentuan pasaran menghindari mereka daripada memotong kadar faedah.

Tambahnya lagi, bank pusat masih mempunyai ruang untuk melaraskan polisi monetary jika diperlukan.

Ucapan Poloz ini sebenarnya telah mengurangkan jangkaan kepada pemotongan kadar dalam masa terdekat ini.

Akibat ucapan “18 bulan” itu, USD/CAD menyusut 110 pip, kira-kira 0.80% kejatuhan dalam masa satu jam lebih.

Kenapa ucapan 18 bulan ini menyebabkan CAD menguat?

Ok. Pada masa Poloz komen tentang “18 bulan” ini, pasaran menganggap ia adalah jangka masa bagi BOC menunggu sebelum membuat lebih pelonggaran kepada polisi monetary sedia ada. Pelonggaran polisi monetary sedia ada boleh jadi BOC akan memotong kadar faedah yang sebenarnya meningkatkan penawaran wang ke dalam ekonomi. Wang meningkat akan menurunkan nilai Dollar Kanada.

lan-48

Pun begitu, selepas satu jam 45 minit selepas beliau berucap, Poloz menjelaskan komen tentang “18 bulan” itu bukanlah tentang polisi monetary. Ia adalah sekadar panduan untuk melihat pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa itu.

Hal ini pula telah menjadikan anggapan pasaran tadi adalah salah. Ia mengurangkan jangkaan kepada pemotongan kadar atau penambahan rangsangan kepada polisi monetary yang menyebabkan Dollar Kanada melemah semula.

Komen ini menyebabkan Loonie melemah menyebabkan USDCAD naik semula 80 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat