Gabenor Berbaju Kurung Kebanggaan Rakyat Malaysia : Zeti Rangkul Satu Lagi Anugerah Beprestij

1,116

Satu lagi anugerah berprestij diterima oleh bekas Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di mana bekas Gabenor Bank Negara itu dianugerahkan Anugerah William Bill Seidmann bagi pencapaian sepanjang hayat dalam kepimpinan Industri Perkhidmatan Kewangan 2018 yang dianjurkan oleh The Asian Banker.

The Asian Banker yang berpangkalan di Singapura terlibat dalam penerbitan, perkhidmatan kaji selidik dan forum yang juga merupakan penyedia tersohor dalam strategi perniagaan untuk komuniti perkhidmatan kewangan di Asia.

Dalam kenyataannya pada hari ini, penganugerahan kepada Zeti adalah bagi menghargai pencapaian beliau selama ini dan sumbangannya dalam membentuk Bank Negara Malaysia kepada satu institusi yang bebas, autoriti yang dihormati dan juga pembangunan dalam industri perkhidmatan kewangan di Malaysia.

“Dia adalah antara regulator bank paling dihormati di Asia dan beliau juga adalah wanita pertama yang menjadi gabenor di negaranya dan individu kedua paling lama berkhidmat iaitu selama 16 tahun dari tahun 2000 hingga 2016.”

Pencapaian membanggakan Tan Sri Zeti

Zeti yang juga anak kepada tokoh tersohor negara Ungku Abdul Aziz ternyata mendapat pendedahan awal daripada ayahnya iaitu bekas Professor dan Dekan pertama Fakulti Ekonomi Universiti Malaya.

Zeti bersama ayahnya Prof Ungku Aziz

Ketokohan Tan Sri Zeti tidak boleh dinafikan apabila merangkul banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa antaranya daripada majalah kewangan terkemuka dunia Global Finance yang menamakan beliau sebagai antara ketua bank pusat terbaik di dunia pada 2009.

Pada Mei 2011, seorang kolumnis terkemuka di Bloomberg juga memilih Zeti sebagai antara calon empat teratas untuk menjadi ketua International Monetary Fund (IMF).

Zeti bersama Christine Lagarde pengerusi IMF

Pada 2013, beliau sekali lagi mendapat pengiktirafan dari majalah Global Finance buat kali kesepuluh sebagai “Gabenor Gred A” dari kalangan ketua-ketua bank pusat.

Zeti juga adalah pengerusi Asian Institute of Finance iaitu satu badan yang bertujuan meningkatkan pembangunan modal insan dan pengurusan bakat dalam industri perkhidmatan kewangan di Asia Tenggara.

Sumbangan beliau kepada negara tidak terhenti di situ, kerana beliau sekali lagi dipanggil oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 12 Mei 2018 untuk menjadi salah seorang daripada ahli majlis penasihat (Council of Elders) yang berperanan untuk menasihati kerajaan baru Pakatan Harapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat